Wednesday 27 June 2012

BERHENTI LAH !

assalammualaikum ,

ramai dikalangan remaja skrang ni Anis tgk suka sangt menghisap rokok , kali ni Topic pasal MEROKOK '' pula,saya bukanlah tahu mengenai rokok ni , dan saya hanya mahu menyedarkan sahabat- sahabat sekalian supaya tidak merokok lagi , sebab merokok ini hanyalah perkara sia-sia yang anda lakukan ,tips ni pun anis copy dari someone dan anis hanya perbetulkan sedikit sahaja ayatnya :) BACA LAH :)


Salam hormat buat sahabatku..

Saya pasti! Suatu masa dahulu.. anda bukanlah seorang perokok! Namun, atas pengaruh rakan-rakan, anda akhirnya terjebak dan menjadi salah seorang perokok tegar. Beribu-ribu wang telah anda   habiskan untuk membeli rokok selama beberapa tahun . Prestasi kesihatan anda pula, semakin menurun. Jika dulu anda boleh berlari dan bermain bola tanpa rasa penat, kini, baru naik tangga rumah je pun sudah termengah-mengah.

Tidak perlulah saya menceritakan lebih banyak lagi akan keburukan merokok, saya pasti anda pun sudah sedia maklum, malah, anda mungkin lebih arif lagi mengenainya. Masakan tidak, setiap hari anda membaca notis amaran serta melihat gambar yang mengerikan yang terdapat pada kotak rokok tersebut. Sudah tentunya anda sudah begitu faham dan tahu mengenainya.

Namun begitu, walaupun betapa nikmatnya anda menghisap asap pahit itu, saya pasti, ada sekelumit niat serta keinginan di dalam diri anda untuk berhenti merokok.
Niat untuk berhenti merokok ini sememangnya ada di setiap benak fikiran dan sanubari semua perokok, malah, ada juga yang pernah mencuba untuk berhenti darinya. Tetapi, ramai yang gagal. Jika berjaya pun, hanya untuk sementara waktu sahaja, 2-3 hari selepas itu, mereka akan menghisap rokok semula. Akhirnya, mereka pasrah dan berfikir, "Tidak mengapalah, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai waktunya".


Maaf Sahabatku! Berhenti Sendiri Itu Hanya Akan Berlaku...
Apabila Nafas Anda Berhenti (MATI)!

Jika anda tidak berusaha untuk berhenti daripadanya, maka ia tidak akan terhenti. Usah lah berputus asa... untuk berhenti merokok!, ada caranya. Ianya seperti berperang, anda mesti ada strategi! Tidak boleh serang secara melulu dan bertahan tidak kena pada tempatnya. Jika tidak, tidak hairanlah anda masih lagi menghisap batang panas yang berasa payau itu sehingga hari ini.

ingatlah diri !

ramai yang mula menghisap rokok ketika dibangku sekolah. Semuanya kerana terikut-ikut atas pengaruh rakan. Pertama kali menghisap rokok, mesti dikalangan anda batuk terbahak-bahak dan terasa ingin muntah. Pada waktu itu, anda tidak sedar, itu sebenarnya adalah merupakan petunjuk bahawa tubuh anda terkejut dengan racun yang anda sendiri alurkan.

Hisap RokokPada waktu itu, menghisap rokok hanyalah sekadar suka-suka.   Berpuluh-puluh ringgit anda telah habiskan setiap bulan untuk membeli kotak rokok. 

Jika dikira-kira, berpuluh ribu wang yang telah anda  habiskan hanya untuk membeli rokok. Sememangnya sesuatu yang amat sadis dan merugikan.



Cara Yang Sebenar-sebenarnya Bagaimana Untuk Berhenti Merokok..

Ya!dengan ini, anis membuat Topik MEROKOK ni dan telah menjumpai cara yang sebenar-benarnya untuk berhenti merokok.hal ini sebab bnyak dikalangan lelaki yang menghisap rokok, dan ingin mengurangkan gejala merokok ni,mungkin bagi anda yang menghisap rokok ni kerana ingin menghilangkan strees , tp sebaliknya bukan menghilangkan strees , malah membawa anda ke arah kematian dengan cepat ,  

 Berhenti Merokok!

berhentilah merokok dan memBEBASkan diri anda daripada menjadi "Hamba Rokok" untuk selama-lamanya... bukan untuk 3 hari, seminggu atau sebulan... tapi untuk selama-lamanya...

  • 2 Perkara Utama Yang Membuatkan Anda Terus Merokok.
    Anda perlu sedar mengenai 2 perkara ini, jika tidak, sampai bila-bila pun anda akan terus merokok.
  • 5 Sebab Utama Kenapa Susah Untuk Berhenti Merokok.
    Ramai orang yang gagal berhenti merokok, tidak tahu sebab mengapa mereka gagal untuk berhenti. Disebabkan itu, mereka akhirnya menjadi pasrah dan tidak mahu lagi berusaha
  • 4 Kelebihan Utama Berhenti Merokok.
    Jika anda ingin berhenti merokok, anda mesti tahu, mengapa anda mesti berhenti merokok? 4 Kelebihan ini akan memberikan anda sebab yang kukuh, mengapa anda perlu berhenti merokok sekarang!
  • Langkah-langkah Mudah Berhenti Rokok.
    Disinilah rahsia terbesar bagaimana anda boleh berhenti merokok dengan mudah dan berkesan. Apa yang perlu anda lakukan, hanya baca, fahami dan lakukan setiap langkah yang diajarkan dengan penuh tekad.
  • Tempoh Pantang Merokok.
    Berapa lamakah anda harus berpantang dari menghisap rokok untuk membolehkan anda kekal berhenti merokok selamanya? Semua itu dikupas di dalam bab ini.
  • Sebab Utama Kenapa Gagal & Kembali Merokok.
    Selepas anda berjaya melepasi tempoh pantang merokok, masih ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda kembali merokok, ketahui apa perkara tersebut dan pastikan anda mengelakkan dari melakukannya.
  • Rokok Terakhir . Bagaimana menghadapi saat-saat terakhir anda bersama rokok. Ianya amat penting dan kritikal.
  • Amaran Terakhir.Jika terasa ingin merokok semula, ingatilah amaran ini.


    saya tidak lah tahu mengenai ROKOK ni , malah saya telah pun search mengenai rokok ni di internet dan bnyak racun yang telah dimasukkan di dalam rokok ni , oleh itu , berhentilah merokok , MATI TIDAK MENGIRA USIA MUDA ATAU TUA ,ingat lah diri , merokok bukanlah cara terbaik untuk menghilangkan strees , cara terbaiknya adalah SOLAT 5 WAKTU  sehari , dan berdoalah kepada yang Maha Esa supaya mengampunkan dosa-dosa kecil & besar yang telah anda lakukan semasa tahun yang lepas-lepas , 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

No comments:

Post a Comment

*Jangan tengok je , komen lerr skali :)