Tuesday 30 October 2012

SEKEJAPNYA ?

ASSALAMUALAIKUM :)

hari ini punya topik SEKEJAPPNYA.. tahu ta kenapa tajuknya sebegitu ... kay meyh rapat2 ... denga Den nak kobaa nii .. :

tahun 2012 sudah hampir berlalu beberapa bulan sahaja lagi ..  SEKEJAPNYA kan .. 
rasa mcm baru haritu orang sambut tahun baru 2012 ... 

 SEKEJAPNYA sekolah dah nak abissss ... tak puas nya sekolah .. rasa mcm nak je sambung skolah tanpa cuti ... tp apakan daya .. semua tu dah nk jadi , so tak boleh nak tolak ketepi .. 

SEKEJAPNYA anis dah besar dan berumur 14 tahunn ...
tahun depan dah nak menghadapi PMR .. gerun je rasa .. Anis rsa mcm not ready untuk jawab PMR tahun depan sebb tahun ni belajar mcm tk masuk apa .. cikgu pun kadang2 datang,kadang2 tak datang ,, disebabkan itu , pelajaran Anis tak masuk dalam otakk ...

kalau diberi permintaan , anis nak sangat putarkan masa dan kembali ke zaman Anis darjah 1 dahuluu :/ bnyak kenangan dengan cikgu2 sekolah rendah semua yg anis rapat ...seronok je rasaa .. 

Hari khamis ni (2/10/2012) , skolah Anis dah start cuti .. betapa sedih je rasaa sbb tahun depan ramai kawan2 anis yang akan pindah jauh dari anis ... hampa hati ni .. ada yang akan masuk asrama , skolah pondok,skolah agama,sekolah kampung,sekolah sukan .. dan bnyak lagi ... kalau boleh anis nak je tahan diorang daripada pindah sbb anis tanak kawan2 anis berkurang ... 

anis harap , kawan2 anis nanti tak jadi pindah .. cehhh ,,, mcm tu skali .. dan walaupun apa terjadi , anis tetap berusaha spya dapat bersama dengan mereka :') Aminnn :) 



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Friday 26 October 2012

raya Haji :D

ASSALAMUALAIKUM ... :D

eh , hari ni hari ape eh ? eh hari jumaat kan ? asal rasa lain macam je ? kenapa orang sembelih lembu ? ohMay .. baru ingat hari ni hari raya haji :D tak ke teruk sampai lupa hari raya haji ... siapakah orang itu ? Babap satgi :D yang penting tu bukan Anis ... sje je nak buat dialog kat atas supaya nampak ayat tu mcm panjang ala-ala kereta api :D

Apa juadah hari raya korang hari ni ? mesti sedap2 kan ? seronoknya :) tapi raya haji dekat sini takde la semeriah mana ..  Anis & mak anis masak soto je :) eh...tutup mulut .. nanti masuk lalat & kluar air liur :D hehe :)

korang pi beraya mana2 ke ? mesti la kan .. ramai olang buat jamuan makan2 sempena hari raya haji ni :)tapi ..pada yang tak pergi mana2 tu mesti korang ddk rumah je kan :) bawa bertendang (bertenang) banyak2 kay :)

Anis hari ni peligi (pergi) jamuan rumah kawan anis .. tapi sorang je .. punye lah sedap makanan dia ... iaitu Nasi Daging .. hasyudahh terbayang2 :) sedapnya boleh dikatakan macm nak makan sepuas2nya , tapi perut tidak mencukupinya pun adoi untuk menampung keseluruhan makanan tersebut :/ shoo shadd..

stop pasal makanan .. ! nanti air liur terkeluar :D

tadi masa anis lepak dengan kwan2 , ade la snap gambar .. tapi takde la berlambak :) just suka2 :)


Gambar di atas ni , sekadar suka2 :) 


kay tata :D .. ini adalah sekadar perkongsian untuk anda semua :D



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Wednesday 24 October 2012

TARIAN 2012

hey ! Assalamualaikum :) panjang lebar ni nak crita .. hehe .. cewahh .. tipu je :P .. ingat tak haritu anis adoww cerita yg anis sambung balik masuk tarian tradisional :D hexhexxx :) kalau tak ingat tu buat-buat ingat je lah eh .. yang tak tahu plk .. pura-pura je mcm korang tahu ... hamboii...tuhdiaaa :D

anis & kawan2 buat persembahan bersempenakan Hari Graduasi Sekolah bagi tingkatan 5 di skolah . nak tgk ta gambar tarian tu ? nak tak ? mesti la nak kenn :D

NAH SETEPEK!


dekat atas ni adalah GGG :p 
iaitu geng gila-gila :D sebab time menari diorng selalu jadi gilakkk :D 
cuba teka ? mana satu Anis ? cewahh ..
nampak jelas tak gambar ni ? kalau tak , click pada gambar ni untuk tgk lebih jelas :) 

kay seterusnya, .. nak perkenalkan makwe2 & pakwe2 ni .. 

dari kiri : tengku + bakyah
               Azreen + syarifah
      Ali + shafa
         Hanif + Anis 
               Amir + Syafiqah

see ! anis  pendek kan .. hahahoooo .. mengalahkan adik2 form 1 yang sebelah & belakang (partner tarian) anis tu ... kalau korang nampak ... tiga orang gadis comel & cun yang dari kiri tu adalah form 1 :) partner tarian anis tu pon form 1 .. tinggi kan dia ? amacam ? kalah anis ... hihihiiii....
 anis & kawan anis , Syafiqah je form 2 pompuan ... 

bila lah nak tinggi erkk .. makan calcium banyak2 pon tinggi naik satu inci jekk ... nazak la anis menunggu nya ... hehe .. 

dah la .. sampai sini je nak crite .. malas plk nak taip manyak-manyak ni ,,, sambung lain kali plk ehh ! :P 
assalamualaikum :D

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Monday 15 October 2012

BuKu MoTiVaSi SeNyUmLaH DIGENGGAMANKU !





Siapa pernah baca buku ini ? kalau pernah , apa yang korang rasa setelah membaca buku ini .. ? 

oh ! yaa .. sebelum tu nak crita sikit ... sebenarnya buku motivasi SENYUMLAH dah ada di genggaman Anis :) Alhamdullilah .. dengan adanya buku ini , anis dapat lupakan kesedihan & tinggatkan senyuman :) 

kenapa Anis beli buku ini ? 

- '' sebab , anis nak lupakan segala kesedihan yang sering anis lalui & tanggung , anis nak menjadi seorang yang tabah & sabar menghadapi ujian ALLAH S.W.T  , ''

sebelum apa-apa , meh sini Anis nak kongsikan dia punya isi sikit-sikit ye .. malehh la nak cerita sampai abis .. sebabnya nanty , korang bosan pulak setiap masa anis update sherita tentang buku ni .. dan berabad la korang tunggu nak abis yee .. 

Tajuk Buku : Senyumlah
Penulis : syed Alwi Alatas
Terbitan : Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Muka Surat : 300


Buku terbitan Galeri Ilmu ini mengajar kita cara menghadapi masalah yang melanda dalam kehidupan dengan lebih matang dan bijak. Selain itu, penulis mengajar pembaca menganggap masalah sebagai batu loncatan dalam kehidupan bukan sebagai batu penghalang. Putus asa bukanlah cara penyelesaian yang bijak malah ia mengakibatkan kesan yang sangat buruk kepada sesiapa yang sahaja yang berputus asa. Keluh kesah terhadap masalah yang melanda sering muncul permasalahan-permasalahan kecil yang dihadapi sehari-hari. Jika keluh kesah dibiasakan dalam setiap masalah juga akan mengakibatkan keburukan. Jadi, biasakan menerima segala masalah dengan fikiran positif dan belajarlah menyelesaikan masalah dengan cara yang betul. Ingin mengetahui bagaimana cara menyelesaikan masalah dengan betul? Bacalah buku ‘Senyumlah’ ini, anda pasti menemui jawapannya. 


Setiap masalah itu membantu kita untuk lebih matang dan maju kehadapan apabila kita bijak mengawal dan menghadapinya. Pandanglah setiap masalah itu sebagai keperluan kehidupan dan positiflah dengan setiap pandangan anda kerana anda akan bersemangat dan bergembira walau sebesar mana masalah yang menimpa anda. 

di belakang kulit buku ini , ditulisnya sebegini : 

Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan, sedangkan ia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan? Mengapa harus berputus asa saat mengalami kesusahan hidup, sedangkan kemudahan yang Allah janjikan sebagai jalan keluarnya lebih banyak? Mengapa harus berkeluh-kesah, sedangkan apa pun masalah yang dating, ia akan berlalu jua akhirnya? Buku ini ingin membuat pembaca tersenyum dan gembira, walaupun ada masalah dan kesusahan yang sedang dihadapi. Ia mengajak pembaca memahami rahsia permasalahan hidup dan mengetahui bagaimana cara mengatasinya dengan baik.

Ditulis dengan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, buku ini disokong oleh banyak kisah serta rajah yang akan memudahkan pembaca memahami isinya. Selesai membacanya, mudah-mudahan pandangan pembaca terhadap masalah dan kesusahan hidup berubah sepenuhnya. Dada akan menjadi lapang, beban terasa ringan, dan bibir lebih mudah tersenyum.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Saturday 13 October 2012

Maaf ! Saya Tak Sempurna


kite kena terima hakikat takde benda yg sempurna pun kat dunia ni kan...
tp dlm menjalankan tanggung jawab kat dunia ni...
 
sebagai hamba Allah..
sebagai isteri
sebagai ibu..
sebagai anak...
sebagai kakak...
sebagai kawan...
sebagai cikgu..
sebagai penjual...
sebagai ape2 je la...
 
susah kan nak puaskan hati semua org...
mcm2 expectation org kat kite...
nak buat yg ni,yg tu tak boleh..
nk setel yg tu yg ni tak setel lg..
last2 sume abaikan..
dengan diri sendiri pun terabai...
diri sendiri ni mmg selalu letak kat tmpt yg tak brape nk penting pun..
utamakan org lain dulu...
cuba sedaya upaya, perah seberapa byk kudrat...
try puaskan ati yg lain2..
 
maka dlm usaha yg sehabis daya tu,
jika saya tak sempurna,
saya dengan ikhlas hati nak mintak maaf ..
sebab saya sememangnya manusia yang
tidak sempurna dimata manusia .

saya juga adalah manusia 
yang
selalu di caci , hina dengan segelintir 
manusia yang tidak mempunyai hati perut 
ataupun hati ayam,kambing lembu dan sebagainya !

 
maaf jika aku tak sempurna...


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Fakta Mengenai Perempuan

status ni khas Anis buat untuk kaum lelaki yang ingin mengenal hati & perasaan seorang wanita yang disayangi & kasihi :) if korang (lelaki) nak tahu lebih lanjut pasal perempuan .. semuanya ada dibawah :

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

3.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

4. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

5.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

6. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

7. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

8.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

9. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

10. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

11.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.jadi,kalau nak tahu rahsia wanita yang anda sukai , tanya saja pada teman baiknya .

12.. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

13.Senjata wanita adalah airmata!! jadi , kalau anda biasa melihatnya menitiskan airmata . segeralah berada di sisinya .

14.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

15. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah amik lorong awal2 :)



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Friday 5 October 2012

WAH ! DAH BERTUKAR :D

jeng!jeng!!!..nampak tak ape yang lain dari yang lain dalam blog iteww ? nampak tak ? tak nampak , Pendek Umur ... :P

haaa..

yang sebenar-benarnya ,, nak bagi tau yang blog Anis dah bertukar wajahnya ... yang dulu tu dah EX-pired dah .. kali ni tibe-tibe Ter-rajin dan Tersengaja nak ubah suai blog ni.. :D
haha boleh Ter-2 plk .. haha .

nak tanya! nak tanya ! macam mana muka baru blog ni ? okay ta ? ke berserabut ? kalau tak suke takpe , sbb Anis ni takde la sepandai korang yang lebih mengetahui segala-galanya tentang blog :) hehe ... punya lah susah nak fikir nak make-over mcm mne blog Anis ni .. hee :) akhirnya dapat jugak ,,, dengan mengubah background bewarna Hitam , diikuti dengan background post bewarna pink ... ada lawa kah ? ? ? terima kasih kepada sesiapa yang suka ,,, yang tak suka tu takpe ..Anis tak marah lah :)
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !