Friday 26 June 2015

Diet tips di bulan Ramadhan

Assalamualaikum , dikesempatan ini , anis
Nak ucapkan terima kasih kpd anda yang 
sudi baca blog anis yang tak seberapa ini . Memandangkan tahun ini anis akan menghadapi peperiksaan SPM (Uish bedeborr ghase) jadi , jaranglah anis update blog ni ye. 

So hari ini , tiba2 rasa nk bg tips memandangkan i punya berat pun semakin menguji kesabaran dan kekuatan emosi . Mana tak nya, bila berat naik sikit je,ada je yg nk tegur " eh kau dah gemuk lah", "kau dah berisi lah" . Perempuan mmng pantang dengar kalau orang cakap dia gemuk , mula lah tanak makan trus . Acah je kau bedah tanak makan . Haha . 

Haa skrang kan bulan ramadhan , ada yang berazam nak kurus kan . Nak dapatkan berat tahun2 sebelum ni kan . So boleh lah baca ni : 

1. Jangan skip sahur . 
- bila terlalu teruja nak kurus , kau rasa kau tak patut pun sahur, biar je berlapar . NO , JANGAN SKIP SAHUR . 

2.Workout
- jangan la habiskan waktu2 kau dengan tido sepanjang masa dan cuma tunggu nak berbuka je . Ambil lah sekurangnya 1 jam untuk kau bersenam dan keluarkan peluh . Tp i suggest ,uoll try lah tarian zumba2 ke or search [FITNESSBLENDER] dekat youtube . Ha yang ni mmng cepat turun kan berat badan . I dah try . Mmng berkesan if uoll konsisten dan tekad nk kurus .

3.berbuka 
- okay yang ni paling sukar nak kawal . Semua orang kalau tengah lapar,nafsu makan mmng jadi kuat sampai tak terkawal dah . So korang kena bijak . Mindset kena betul2 kukuh . Kalau nak makan banyak je , ingat lah yang kau tengah diet . Atau nak lebih senang , korang boleh tengok gambar sesiapa sahaja yang korang adore utk jd macm dia . Atau kurus macam dia . Atau boleh tengok kawan2 korang yang kurus kering tu . Yang selalu buat korang jeles dgn bentuk badan yang kurun ramping kerempeng tu . 

4. And seterusnya, bila korang dah workout perpeluh sakan dah kan , jangan pulak makan ikut sukahati sampai perut rasa mcm nak meletopsss, sia sia je lah kau workout tp kau pelahap macam2 . 

5. DETOX
- ha ni siapa yang nk kurus mesti tahu pasal detox ni kan , korang boleh cuba sendiri kat rumah . Bahan pun senang je , koranv boleh search google , sbb detox ni bnyak sangat resepi yang berbeza , tp kalau anis slalu buat lemon + limau nipis . Keduanya masam kan , so no wonder lah kalau kerap ke toilet tu sbb detox ni nk cuci perut supaya lemak2 degil tu klua. 

Setiap tahun Alhamdulilah anis akan cuba dapatkan berat yang sama . So bila timbang waktu raya tu kembang kuncup hidung . Berat seragam je 44kg . Hehe tp tahun ni tak tahu lah mcmne . Harap sama jugak lah . 
So korang pun boleh cuba pelbagai cara . Tp jangan guna jalan singkat, nak kurus beli macam2 pil pelangsing . Sbb kita tak tahu side effect yang akan dtg . So better kurus dengan sihat . BERSENAM adalah wajib untik sihat malah dapat menurunkam berat badan . 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !