Tuesday 31 July 2012

Lipas Oh Lipas !!

Lipas ohhhh LIpass ! 

tuh dia  , belum apa-apa lagi dah terpampang tajuk ,,, Salam pon belumm ,, :) 

ASSALAMUALAIKUMM !! tok-tok :) boleh masuk taaa ? eh tanye pulak dahh ,, tak pasai-pasai dapat penampo free - free je :) 

haaa ... mesti korang tertanya- tanya kan  , kenapa la tajuk kali ni LIPAS ,, dan mesti korang terpikir , kenapa Anis tak buat tajuk dan crita lain ,, nak jugak crita pasal lipaaass yang mengelikan tu ,, eeyuukss !! 

sebenarnya , baru - baru ni anis dilanda banjirr ,,, ehh tak lahh ,, salah tuu ,, anis ni , kalau berjaga malam je mesti ada someting yang selalu singgah sahur dengan anis ni  ,, geram btoll ,, antaranya : 

LIPAS # 
CENGKERIKKK # 
CICAK ! CAK ! CAK # 

ni la diantara serangga yang paling anis geli dan takut nak dekat ,, :D please dehh ( ayat indon ) kalau korang nk suruh anis dekat dengan serangga ni ,,, jangann ,, anis takutt . 


Dan sebenarnya ......... jugakkk !
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Anis Takut Kucingg !!! 

nak tahu sebab ape ? sebabnya , dulu masa anis kecil - kecil  , anis memang suka sangt main dengan kucing ,, lepastu buli - buli kucing ,, tiba -tiba time Anis kacau kucing tu , rupanya dia dah standby nak Cakar Anis lla,,,, Menangis tak berlagu la masa tu ,, darah kuar meleleh sikit ,, tp Anis tak mau bgtau mama anis :) 

tapi , kalau setakat kucing yang Blur & malas skit ni , Anis berani tahi ayam je la :) dok usap slow-slow , bagi dia tak mengamokk :) hehe :) 

TENGOKK ! TENGOKK !! KITA DAH LARI TOPIKK : 

td Anis nak crita pasal lipas dan kaum kerabatnya kan ? skarang meh kita sambung balik :) lipas ni kalau dinilai semua orang , memang ramai yang geli dengannya sebab perangainya suka merayap dalam rumah orang , bagi salam pon takde ,, men masuk je ,, lepastu buat rumah banglo sendiri ,, ayoo ,, kuang ajaq nii ,, buat rumah sendiri pulak ,,, tapi kan ,, lipas ni bukan sahaja serangga perosak , ianya ada info menarik untuk anda semua tahu ,, 



1) Lipas sebenarnya berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang bermasud serangga gila.
2) Dalam dunia nih terdapat kira-kira 4500 spesis lipas.
3) Lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.
4) Darah lipas adalah berwarna putih. Sebab tu bila bunuh lipas jangan harap nak jumpa darah berwarna merah ye.
5) Lipas goreng merupakan makanan biasa di Cambodia. =?
6) Gigi lipas sebenarnya terdapat di dalam perutnya.
7) Lipas yang telah hancur lumat boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan di tempat bisa tersebut. Sesetengah tulisan terawal berkaitan dengan lipas menggalakkan ia digunakan sebagai ubat. Pedanius Dioscorides (1st century),Kamal al-Din al-Damiri dan Abu Hanifa ad-Dainuri (abad ke-9) semuanya menawarkan ubat yang mencadangkan ia digiling dengan minyak atau direbus.
” lipas dalam bahasa inggeris adalah cockroach bukannya kokokrunch “

tapii ~~~ walau apa pon ada perkara menarik dekat lipas ni ,, Anis tetap geli dengan lipas ni ,,, dan walaupon lipas tu mati , Anis tetap bukak langkah sribu :) 




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Monday 30 July 2012

wang kertas RM 6 akan dikeluarkan :)


 Assalamualaikum...
Hi kawan-kawan, buat pengetahuan korang semua wang kertas RM6 akan dikeluarkan pada malam raya aidilfitri 2012. Dikatakan tujuan wang kertas RM6 dikeluarkan kerana untuk memudahkan pemberian kepada adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik, tok nenek, jiran sebelah rumah dan kawan sekampung yang datang beraya dirumah.
   Dengan itu kerajaan akan mengeluarkan wang kertas RM6.00 pada malam raya aidilfitri 2012 iaitu pada 29 Ogos 2012. Rupa wang kertas RM6.00 Begitu unik sekali dan design wang kertas RM6.00 dilhamkan dari wang kertas RM1.00 dan RM5.00. Keunikan dan kecantikan reka bentuk wang kertas RM6.00 memang kreatif dan indah kerana reka bentuk matawang tersebut dibuat dengan menggunakan dua tona warna iaitu biru dan hijau.
   Jom tengok gambar wang kertas RM6 terbaru ini , read more untuk maklumat lanjut :-


turun kebawah ni :) 


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-






tadaa… unik tak ? hehehe. Tak de la bergurau saja :D . Entry ni 100% gurauan ok. Jangan terlalu serius :D ini hanya gurauan semata2 :) heee :D





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Friday 27 July 2012

episod 2 ~ Ramadhan

assalamualaikum :)

Hey kali ni anis nk critakan kisah-kisah anis semasa dibulan ramadhan ni :) hari tu anis ada post pasal ''puasa & kerja '' :) haa ,, kali ni pulak tentang sambungannya pulak :)

hee :) hari ni anis berjaga & tak tidur langsung sampai lah subuh :) ermm , tak tahu la kenapa rajin sangat Anis sampai takmau titooo :) hee , takpe lah , senang sikit kerja, tak payah nk kena bangun sahur  :)

Dalam perjalanan anis berjaga sepanjang malam ni, anis bukan buat ape pon , nak bukak facebook , facebook dah boring sikit ,nak bukak twitter , takde teman nk bersembang , jadi , dok diam je lah ,sambil dengar lagu :) layan je la ,walaupun dah rasa macam dah nk tertido ,, hihiii ,,

Bosan-bosan pon anis sanggup berjaga jugak kenn :D hehe :) nasib mata boleh tahan , 

Btw , hari ini adalah hari anis sambung berkerja untuk kali ke tiga harinya :) yashhh ,, bersemangat abis la :D , seronok je sebab nak jumpa & tgk someone tu :) hehe ,,, seronok je bila dia ada sekalii , rasa nyaman pon ada :) rindu nk tgk dia smile , walupon tadi dekat skola anis tgk dia senyum manis berpanjangan je ::) huhuu ,, cair lah :D nasib baik anis je yang cair , kalau ade orang lain yang cair jugak ,, anis pijak nnti .. :P (jeles ni).hope kami boleh buat kerja dan bersembang mesra macam dulu :) 

sekian ,, :) sampai ni je lah anis boleh cerita dalam episod kedua ~ Ramadhan ] ni :) nantikan sambungan episod Ramadhan seterusnya dari anis ye :) TatA .... :D 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Wednesday 25 July 2012

PUASA DAN KERJA :D

holla :) assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Anis :)

pada hari ini saya telah mengistiharkan bahawa esok RAYA ..!!!yeahhhh :P

# opppsss silap , esok PUASA lh :) jgn nk melompat termiang-miang dulu ,, penampaq satgi melekat kat pipi :P

hehe , hari ni adalah bermulanya bulan ramadhan :) whooaaa , bestnye ,, seronok sangat bila dapat menjamu selera dalam keadaan penoh satu meja dengan family :) banyak btol baazar ramadhan .. semua berderet je tepi jalan yedok ,, :)

tettttt .....!!!!!! masa da tamatt ,,, :P :P :P

_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_

okayy sekarang anis akan ceritakan sepenuhnya tentang bulan puasa dan hobi anis sekarang :) firt day puasa memang bersemangat abis lah kan , ANIS bangun sahur pon berselera je :) kenyang (erkkk alhamdullilah ) :D , berselera pon makan nasi dengan kuah sayur dan ditambahkan dengan telur goreng je :) heh ,pelik btoi anis ni ,, orang lain mesti makn ayam goreng , ikan dan sebagainya kan :) tu la , selera anis kearah tu je , nak buat mcm mne :/

lepas je sahur, anis tak tidur lagi , dok bukak lappy ,main facebook dan twitter bagai :) hehe ,, almaklum la , bosan , lagi pon , lepas bersahur , pukul 8 . 00 pagi dah kena kluar rumah nak pergi KERJA :) 

ape - ape ? nak tahu anis kerja apa ? huhu ,, buat masa sekarang ni anis private kan kerja anis eh :) mals lah nk bgtau :) tp sebelum tu , anis taknak bgtau dekat korang sekalian  bukan sebab anis buat kerja jahat ke ape ,,, anis buat kerja yang halal di bulan Ramadhan ni :) Alhamdullilah lah , dengan pekerjaan Anis ni , anis boleh buat-buat lupa lapar perut ni ,, tapi bila dah nk dekat buka puasa tu ,,, perrrhhh , lapaq bebenaqq :P hihihiii ,,, 

mula-mula nak masuk kerja, dipagi hari yang sunyi sepi . hati gelisah sungguh sebab malu , hehe ,, almaklum lah first time kerja ,, tp kerja ni tak de la sulit sangt , sebab kerja ni biasa dah anis buat di rumah bersama mama anis :D cuma perbezaan nya anis dirumah dan di tempat kerja je :) bestnye :) bila masuk tu , anis lihat , someone yang anis suka kerja dekat situ juga lah ,,, terperanjat ala-ala beruk da mase tu ,, senyum ponn , bibir mengeletar je ,, malu sangt :D

hihiii :) 
bila dah kerja tu , ada aunt ni dia nak buat susun atur , dekat mana anis dan kawan-kawan anis kena bertugas , anis pilih untuk ke meje akhir sekali sebab tempat tu tak ramai orang sangt :) hehe :) 
bila dah seronok terlebih , tiba-tiba aunt tu suruh Anis dan kawan anis , AZWIN & AMY sambung kerja pukul 3 petang nanti ,, sebabnya waktu tu dah ramai sangt orang yang menolong buat kerja , :) kitorang pun balik la dulu , buat persiapan untuk giliran yang seterusnya :) 

jam tepat pukul 3 petang , dengan panas terik nya menunggu Azwin datang :) anis dan amy dah memang pergi sama-sama dah :) tu yang kena tunggu azwin dtg tu :) 

time azwin datang , kitorang bergegas nak pergi kerja dah ni , punya lah bersemangat abis , tiba-tiba! kitorang tgk ramai pekerja lelaki duduk di depan kedai ,, memang malu abis la kan  , nak masuk pon segan silu je :) anis memang dah nak msuk tempat kerja tu , tapi azwin dengan amy malu :) so , tunggu je lah dekat luar , tunggu punya tunggu punya tunggu , salah sorang aunt keluar untuk panggi anis dan kawan-kawan masuk ,, kitorang pon masuk lah ,, bila dah masuk tu,, semua pekerja lelaki menjerit macam ni 

''WHOOAAAA ,, APEDAHH ,, JANGAN MALU-MALU , KITORANG DEKAT SINI TAK MAKAN ORANG '' 

kitorang pon tergelak lah bila diorang bersuara  :)

~~BERSAMBUNG ~~

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Wednesday 18 July 2012

JENIS MAKANAN DALAM NERAKA ><><><>

Neraka merupakan suatu tempat yang wajib diyakini oleh umat Islam sebagai satutempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah mati. Jika baik amal seorang manusia itu, dengan rahmat Allah, dia akan masuk ke syurga dan jika buruk amal seseorang manusia itu, dia akan dihumban ke dalam neraka dan diberi 3 jenis makanan yang mengerikan ini.Apakah 3 jenis makanan di neraka itu?






(1)ZAQQUM


Firman Allah swt: Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)

Firman Allah swt: (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.? 
Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat).

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini: “bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”

Rasulullah saw bersabda: 

“Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?”


Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.

Imam Ibnu Kathir berkata: “Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”

(2)GISLIN


Firman Allah swt: Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah).

Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:

1~ Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2~ Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3~ Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)


(3)DARIE’


Firman Allah swt: Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)

Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:

1~ Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir).
2~ Batu (pendapat Said bin Jubair).
3~ Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil).
4~ Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)

Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:

“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda: “ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)
MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN

Kerana sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)

Ibnu Abbas berkata: 

“Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.”



KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN


Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik. Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka."

Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain.

RUJUKAN:

Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Monday 16 July 2012

How tooo ............ 2

heyy ,assalamualaikum , now i want to teach you again  , but this is for Video ,,

HOW TO DOWNLOAD VIDEO TO COMPUTER 

FIRST,you must go to this link http://keepvid.com/ ,
then ,go to youtube for search your favorite video to download :)

example :

one direction ~ one thing

if you finish for searching your video  ,, you must copy their link ,

example :

http://www.youtube.com/watch?v=Y1xs_xPb46M&feature=endscreen&NR=1


then , go to keepvid again  , and paste their link , CLICK > DOWNLOAD <

wait for 10 second for scanning the video , 
when the video will scan , you will see the one site , you must CLICK >RUN< 
if no has , your download will be disables :/



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

how to ...............

hello , now i want to teach you how to download some song to your computer :)

first one , you must go to the link  http://savetube.com/ ,
then go to youtube for search you song to download

example :
#justin bieber ~ boyfriend
#miley cycrus ~ who own my heart

if you finish to search your song , you must copy their link in youtube ,,

example : ~  http://www.youtube.com/watch?v=4GuqB1BQVr4

go to savetube again, and paste the link ,CLICK  >MP3<
 if finish , wait 5 second  , and CLICK  > GO <

wait the download scanning , you will be accept you song :)



><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

sorry if you not understand what i say :) 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Saturday 14 July 2012

semaNGAT :)

Hey assalamualaikum :)

Anis di sini kalau tak updates status tak sah kan :) kali ni cerita tentang SEMANGAT anis nak Puasa & raya :)

jyeahhh !!

seronok hingga tak terkata lah kan , bila lagi seminggu nak puasa :) mula lah anis dok dengar lagu raya je sepanjang masa , padahal seminggu lagi nak raya :P exited terlebih pulak ,, heee :)

bila dah ada semangat nak puasa & raya ni mula la timbul macam-macam azam & nak itu ini , kan :) anis kalau time puasa memang anis suka tulis kad raya untuk kawan-kawan bila tiba hari raya nanti  , lepastu hias rumah dengan tampalan kad raya di dinding rumah , tolong mama anis buat biskut raya , dengar lagu-lagu raya :) seronok je rasa , lepastu macam-macam rancangan hidayah di bulan ramadhan ni ditayang kan :) seronok,seronok! seronok :)

Anis ni ,kalau di bulan puasa je memang tak habis-habis mencari MURTABAK & LAKSA PENANG :) sedappppp!!!! memang tak sah kalau dua makanan ni tak ada, kalau minuman pulak anis suka minum air JUS TEMBIKAI & JUS ASAM BOI :) kedua-dua air ni memang tak semestinya ada masa bulan puasa je ,bukan bulan puasa pon anis memang terkam je :) tak sah kalau dalam setahun takda makanan & minuman tersebut , haha ,, biasalah kegemaran :D



time puasa juga lah untuk orang shopping baju raya,kasut raya, acceseries dan sewaktu dengan nya :) harharr ,, rambang mata dibuatnya :) yelah kan, tak tahu nk buat pilihan yang mana satu ,, memang sukar la bagi anis ,, anis pon kalau nk shopping memang rambang mata, nak itu , nak ini ,, tapi takde lah lebih-lebih , just acceseries je :) cun melecun baju-baju di shopping mall kan :)tapi sebelum tu ,, anis pon belum lagi beli baju raya semua :) masih dalam perancangan  :) heheee :D





tuppss-tuppss pasal bukak puasa pulak , kalau time balik sekolah tuhh ,,, fiiuuhhsss , sesak dibuatnya sebab nk tunggu berbuka puasa punya lah lambat ye dook ? haha ,, kalau dekat sekolah pulak terbayang-bayang makanan ape yang dihidangkan bila nak berbuka nnti kan :) KFC,MC DONALS,MURTABAK , dan sebagainya la kan yang korang nak :) haha,,, seronok je kan time bukak puasa penuh satu meja makan dengan keluarga :) kalau tak kerana puasa , takdenye meja makan tu penuh dengan family kita kan :)







SeLaMaT BeRPuAsA BaGi UmAt iSlAm Di SeLUrUh NeGaRa :) 
walaupun seminggu lagi nak puasa , biar lah diucapkan awal ,sebabnya Anis tahu ramai dikalangan wanita yang masih mengahabiskan puasa ganti mereka , anis harap dengan secepatnya lah anda semua dapat menghabiskan puasa ganti yepp :) semoga tiada halangan untuk anda berpuasa sekarang ni , dan semoga di bulan ramadhan ni tiada dugaan yang berat menimpa Anis dan juga anda semua :) memang anis tahu di bulan ramadhan ALLAH akan menguji kita dengan adanya matahari yang panas terik , tekak yang perihh dan sebagainya untuk melihat kesabaran kita di bulan puasa ini :)



JaNgAn LuPa BaCa NiAt BiLa NaK PuAsA NAnTi :) 
&
BaNgUn SaHuR AwAl - AwAl TaU :)JaNgaN suSAh PulAk :)







Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

KAMU CANTIK SEKALI , TAPI ...................

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.



Saudari, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.



Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.



Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?



Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

BILA LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN :)

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan… Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah…

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu… Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?



Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.


Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.



Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?


Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada Dia ya
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.



Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?



Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Friday 13 July 2012

KeNaPa LeLAkI tInGgAlKaN wAnItA ?

Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?

Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?
Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.
1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !