Saturday 30 June 2012

CINTA SI BUTA :)



Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu."Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.


Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut.

Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang".... Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.

Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata,

"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. "Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut. Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul.

Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu.

Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia" Amin: ???????????
tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa.......... "




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

the lense


siapa disini yang suka pakai lense, boleh tgk sini , anis bukan la menjualnya, tp sje je nk memperkenalkannya ,, hihi :)


Candy Magic King Size Pink


Candy Magic King Size Pink [G202-PK] - $26.70 : EYECANDYLENS.COM - Buy Circle Lens - Tsubasa Bambi - Princess Mimi - Color Contact Lenses - Circle Contact Lens - Korean Circle Lens - Karacon - Meitong

Candy Magic Big Size Pink




[2]

Candy Magic Big Size Pink [G205-PK] - $26.70 : EYECANDYLENS.COM - Buy Circle Lens - Tsubasa Bambi - Princess Mimi - Color Contact Lenses - Circle Contact Lens - Korean Circle Lens - Karacon - Meitong


Angel Blue
[ 3 ]


Barbiedoll Blue
[4]



Candy Magic Big Size Green
[5]


Cuty Black
[6]


Extra Magic Black
[7]



haaa , lawa kan lense dia, macam-macam warna lagi ada , tp ni je yang anis boleh tunjuk ,, hee , sebarang pertanyaaan tentang lense , jgan tnye anis ,sebab anis just memperkenalkan lense ni je , ta tau pon apa-apa tentangnya :) hee :) 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

1 JuLaI <3 

mesti korang tertanya kan , ada apa sebenarnya pada tarikh tersebut , ianya mengisahkan satu saksi bahawa Anis kenal someone tu sudah 8 TAHUN , 10 BULAN , 15 HARI :) hee ,, lama tak  ? lama kan , kami start kenal sejak umur Anis dengan dia darjah SATU, masa tu anis satu kelas dengn dia :) dia seorang yang baik sangat , slalu layan Anis elok je , tu Anis suka :0 , hee ,

bila fikir - fikirkan , masa kami kecil dlu - dlu , bnyak kenangan yang lucu kami lakukan bersama kwan - kwan kelas masa tu , tapi Anis da tak berapa ingat sangat dah kisah lama - lama dlu :) hee ":) dlu masa jd budak - budak lagi , fikiran hnya fikir main je lah kan, tak kire laki atau perempuan , join je ape yang nak dimain kan :)

2011 <3

Anis sudah pun berumur 13 tahun , anis sudah pun di tingkatan 1 :) masa anis di tingkatan satu , anis sekelas dengan dia jugak :) hee , bertapa tidak disangka - sangka kan lah masa tuh:) tp time tu pun tak fikir apa - apa dah , fikir pelajaran je ,, hee ,, katenye :P so perasaan pun malu - malu je kan ,, almaklumlah sekarang dah jadi remaja dah kan , so fikiran dah matang la sikit , dlu masa budak - budak , langsung tak fikir apa-apa , semua nk buat main redah je , tudung pun senget je kan ,, dah namanya budak kan , so tak fikir pon pasal tudung ,, hakhakk

pertengah bulan , kami rapat kembali , semua kerja nak buat , kami bincangkan bersama - sama je, setiap kali exam , kami selalu cuit - cuit nak tgk markah berapa kami dapat , ayoo , segan pulak bila ingatkan kembali masa tu , dia lah yang paling rapat dengan anis , tp ada lah jgk dua tiga orang lagi yang anis rapat , tapi tak serapat anis rapat dengan dia :) hee ,

2012 <3

tahun ni Anis dah tak sekelas dengan dia , rasa hampa pulak hati ni sebab tak dapat sekelas dengan dia , hurm , tak bleh la nk rapat dengan dia macam dulu , kalau dulu , dia selalu buat lawak , buat perkara pelik , dengan gelak yang teruk dan lain dari lain , tapi sekarang dah tak boleh da nk tgk dia buat perkara tu lagi :(
kawan anis yang lain cakap , '' takpe lah , dia kelas sebelah je , Anis boleh tgk dia jugak , kalau dia lalu depan kelas Anis '' ,
bila fikir , pun betol jugak ape yang kawan anis ckp , tp perasaan tak seindah yang lepas , hanya kenangan je jadi penenang :)

assalamualaikum <3
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Friday 29 June 2012

HEBATNYA SEORANG IBU


'Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.
Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?

~ HORMATILAH IBU ANDA SELAGI BELIAU MASIH ADA :') 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

apa erti cinta sebenar ?

assalamualaikum , erti cinta  ni Anis share dari laman muka buku , sje je nak post ni untuk kebaikkan , tak bermaksud jahat pon , sebab anis copy je benda ni :)


MAKSUD BENENAR : -


Cinta adalah penjelmaan perasaan jiwa dan gejolak hati seseorang. Kerana cinta menjadikan dunia lebih indah. Kerana cinta membuatkan muka yang masam menjadi berseri-seri, membuat orang berasa tidak sakit, mandi tak basah , penakut menjadi berani, yang lemah menjadi kuat walaupun hidup dihimpit kesusahan.

            Tetapi adakah cinta seperti itu? Tidak! Kerana cintalah manusia merintih dan menangisi kehidupan sepanjang masa. Atas dasar cinta juga seseorang itu mengakhiri hidupnya secara tragedi. Atas nama cinta cinta jugalah perang meletus di mana-mana. Inilah cinta yang di kambing hitamkan dan cinta yang berlandaskan nafsu syahwat semata-mata. Ketika cinta dianggap sebagai emosi memuaskan nafsu dan pergaulan bebas, maka bersiaplah dengan kehancuran yang akan mendatang.

            Mengapa manusia amat mudah digoda oleh kuman cinta? Ini adalah kerana manusia yang suka mengikut kehendak nafsu dan berperilaku seperti binatang. Bagaimana proses cinta menggoda manusia adalah seperti berikut:
  • Melalui pandangan pertama (umumnya tentang kecantikan fizikal), kebanyakan remaja hari ini dikatakan dan mengakui bahawa mereka saling jatuh cinta pada pandang pertama. Iaitu apabila si lelaki melihat si wanita itu, maka bertautlah hati dan perasaan mereka berdua untuk terus bersama. Biasanya jatuh cinta pandang pertama ini adalah hanya kerana kecantikan menjadi ukuran semata-mata.

  • Melalui persahabatan (pengenalan peribadi), misalnya  percintaan asal bermula melalui tali persahabatan,namun akhirnya akan dilanjutkan pula kepada percintaan.Ini kerana masing-masing mula menanamkan kepercayaan terhadap diri masing-masing dan merasakan mereka boleh bersama dalam berkongsi masalah, suka duka dan cerita bersama.

  • Cinta melalui prestasi (bakat atau popular), percintaan seperti ini banyak terjadi diantara pelajar-pelajar sekolah mahupun Institut Pengajian Tinggi (IPT), iaitu seseorang yang jatuh cinta kerana bakat, kerana seseorang itu popular dan menyebabkan secara langsung kita meminatinya. Bermulalah dengan kata-kata puitis yang mengatakan pujian, memberikan hadiah-hadiah kepada si dia dan sebagainya. Sehingga kita Berjaya mengambil hati mereka ini.

  • Melalui peranan orang ketiga (orang tua atau sahabat), cinta seperti ini dimulakan dengan pertemuan yang dirancang oleh orang ketiga tidak kira sama ada orang tua mahupun sahabat kita sendiri. Melalui pertemuan atau perkenalan yang pertama, apabila telah mendapat persetujuan dari kedua belah pihak maka ia akan diterus atau dilanjutkan. Dan sebaliknya berlaku jika masing-masing tidak berminat atau sudah mempunyai calon sendiri.

  • Sekarang ini, ramai yang jatuh cinta melalui peranan medium (telefon atau internet) ,iaitu berlaku apabila seseorang telah mendail pada nombor telefon yang salah dan mula berlanjutan menjadi sesi perkenalan atau perkongsian. Manakala menerusi internet juga menjadi sangat biasa apabila bertemu dilaman-laman blog , yahoo messenger, emel dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah cinta siber ini dikatakan wujud. Melalui perkenalan seperti inilah mereka akan mula membuat pertemuan sesame mereka.

  • Cinta melalui kesedaran untuk berjuang bersama (satu badan organisasi atau gerakan perjuangan) , biasanya cinta seperti ini adalah cinta organisasi yang apabila kita sering memperhatikan segala tindak tanduknya, lemah lembutnya dalam melakukan sesuatu pekerjaan mahupun kerana kewibawaannya didalam menguruskan badan organisasi, membuatkan kita kagum dan ingin bergabung dengan si dia. Seolah-olah jika sehari tidak berjumpa atau si dia tidak bersama dalam suatu program yang diadakan kita menjadi tertanya-tanya dan bimbang kepadanya.

  • Kadang-kadang ada juga cinta serta factor yang tidak terduga (kes atau musibah), contohnya apabila berlaku kes perlanggaran secara tidak sengaja, jatuh tangga , air tertumpah dan sebagainya. Dari rentetan sesuatu peristiwa tersebut membuatkan kita memiliki nombor telefon si dia dan sebagainya. Berkemungkinan cinta mula berputik ketika itu.

Namun, ada sebahagian orang menterjemahkan cinta sebagai seks, hubungan intim atau segala bentuk cara untuk memuaskan nafsu. Padahal, cinta yang demikian akan membawa mereka ke arah dosa besar seperti perlacuran ,perzinaan , seks bebas dan seks yang menyimpang.
            Mereka yang terjebak didalam jalan seks ini adalah kerana salah faham mengenai istilah cinta. Cinta bagi golongan ini boleh dibahagikan seperti berikut:

1.   Rasa memiliki yang berlebihan. Mereka yang sedang dilamun cinta merasa cinta adalah perasaan memiliki yang tebal dan harus menguasai antara satu sama lain. Sehingga si gadis harus meminta izin daripada si lelaki hanya untuk melakukan sesuatu perkara, begitu juga sebaliknya. Padahal mereka sebenarnya tidak saling memiliki.

2.   Hawa nafsu iaitu bercampurnya segala keinginan. Padahal cinta adalah memberi tanpa balasan, bukan sekadar    meminta atau menerima sahaja. Hal ini terjadi kerana mahukan pangkat atau bersifat duniawi yang dapat dilihat pada pasangan.

3.   Makna atau tafsiran cinta yang salah itu sendirilah yang membawa kepada perbuatan-perbuatan dosa dirimba raya cinta yang telah kehilangan pedoman. Natijah daripada perlakuan tersebut akan melahirkan cinta ternoda iaitu:

  • Heteroseksual iaitu berganti pasangan.
  • Biseksual iaitu tertarik dengan lelaki dan perempuan.
  • Homoseksual iaitu hubungan seks sesame jenis
  • Seks bebas tanpa pernikahan
  • Semen Liven iaitu hidup bersama tanpa pernikahan.
  • Monoseks iaitu onani atau masturbasi dengan memanipulasikan tangan dan alat kelamin untuk tujuan kepuasan seks.
  • Transeksualisme iaitu menukar jantina
  • Ekhshibisionisme iaitu kepuasan seks dengan menunjukan alat kelamin untuk tujuan kepuasan seks.
  • Voyeurism iaitu mendapatkan kepuasan seksual hanya dengan melihat gambar atau poster porno.
  • Fetisme iaitu mendapat kepuasan seks dengan hanya memegang atau memiliki pakaian dalam wanita.
  • Sadism iaitu mendapatkan kepuasan seks dengan melukai pasangannya.
  • Masokhrisme iaitu mendapatkan kepuasan seks dengan melukakan diri sendiri.
  • Troilisme iaitu mendapat kepuasan seks dengan disaksikan oleh orang ketiga.
  • Perkosaan iaitu mendapat kepuasan dengan memaksa orang lain.
Sedangkan sebab-sebab terjadinya jatuh cinta itu adalah berdasarkan kepada pesona kecantikan wajah dan fizikal, pesona peribadi serta akhlak, unsur material dan juga perasaan ingin memiliki dan mempunyai keserasian.
Jenis-jenis cinta dizaman moden sekarang:
  • Cinta monyet: berlandaskan syahwat.
  • Cinta semusim: sering berganti pasangan.
  • Cinta buta: yang haram turut dilakukan demi cinta.
  • Cinta terlarang: tanpa restu.
  • Cinta imaginasi: cinta dalam khayalan.
  • Cinta kilat atau lokasi: cinta kerana kegiatan tertentu.
  • Cinta materialistik: cinta harta benda
  • Cinta tubuh: cinta seks.
  • Cinta belas kasihan: cinta kerana kasihan
  • Cinta maut: berakhir dengan kematian.
  • Cinta orang tua: tidak mahu mengecewakan orang tua.
  • Cinta calon mertua: cinta kerana mertua sayang pada anak gadisnya sehingga malu mengecewakan mertuanya.
  • Cinta populariti: cinta kerana pasangan terkenal.
  • Cinta warisan: berkenaan pusaka.
  • Cinta nasab dan keturunan: sama keturunan.
  • Cinta agama: mempermainkan agama,misalnya pura-pura memeluk islam sebelum memurtadkan pasangan.
  • Cinta suci: cinta yang jauh daripada kepentingan peribadi.
KATEGORI DAN PERINGKAT CINTA
1. Cinta narsitik/narnisme
  • Iaitu cinta yang berlebihan pada diri sendiri, sehinggakan jika mencintai orang lain, dia berfikir apakah keuntungan yang bakal diperolehnya.
2. Cinta transaksional atau cinta pedagang.
  • Iaitu ada untung diambil, jika tidak ditinggalkan.
3. Cinta nikmat/hedonis
  • Iaitu kahwin cerai atau hidup bersama tanpa nikah.
4. Cinta patologik
  • Iaitu mencintai seseorang secara berlebihan atau cinta buta seperti romeo dan Juliet atau Qaish dan Laila.
5. Cinta murni
  • Iaitu cinta tanpa batasan. Semua yang dilakukan lahir dari hati nurani. Ini tingkat cinta yang istimewa. Jika seorang salah,seorang lagi menasihati. Cinta itu dirasai dalam hal berumahtangga dan menuju keluarga sakinah, lelaki yang menganut cinta ini pasti setia dan memiliki persiapan untuk bertarung dengan badai rumahtangga.
6. Cinta agung
  • Iaitu cinta yang tidak mengharapkan apa-apa selain keredhaan allah s.w.t. orang seperti ini adalah hamba yang memiliki tingkat ihsan dan ini boleh diperoleh oleh orang yang hatinya jauh dari syahwat serta segala bentuk penyakit hati.


 #DIPETIK DARI BUKU "BILA ZINA MENJADI BUDAYA BY MOHD SYAMIL &ADRIANA BALQIS#

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

rokok & islam


Agama Islam mampu memenuhi segala keperluan bagi setiap masalah yang berbangkit dalam kehidupan seharian umatnya, sehingga tidak satu perkara pun terlepas daripada sorotan Islam yang memberikan kaedah atau aturan cara melaksanakannya, supaya tidak membawa mudarat terhadap manusia itu sendiri. Dengan demikian, terjaminlah tindak-tanduk umat ini daripada terjerumus ke lembah dosa dan kerosakan akal, jasmani dan harta benda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang tidak dijelaskan hukumnya secara tegas, maksudnya tidak ditemui nas yang khusus membicarakannya. Hadith Rasullullah s.a.w. :"Halal itu jelas, haram itu pun jelas, dan antara keduanya ada beberapa perkara yang syubhat (samar) yang banyak dari manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam haram,"(H.R. Muslim)
                                    

Tabiat menggunakan tembakau dalam bentuk merokok boleh dijadikan sebagai satu contoh perkara samar di mana tidak ditemui nas yang khas menetapkan hukumnya. Pada umumnya orang menganggap hukum merokok hanya markuh, sama dengan memakan makanan yang baunya tidak sedap seperti memakan bawang, jering dan sebagainya. Hadith Rasullullah s.a.w. : "Barang siapa makan bawang putih atau bawang merah maka janganlah mendekati masjid-masjid kita, kerana malaikat terganggu,"


Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh termasuk ke dunia Islam oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. 


Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka. Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terperdaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.



Tembakau & kesihatan

Tembakau memudaratkan kesihatan manusia dan haiwan apabila mereka terdedah kepada penggunanya. Kemajuan dalam penyelidikan sains perubatan telah jelas membuktikan hubungan rapat di antara penggunaan tembakau dengan kejadian kanser, penyakit jantung, penyakit paru-paru dan berbagai-bagai jenis penyakit lain. Rokok merupakan penyebab utama kesengsaraan dan kematian yang boleh dielakkan sama sekali di zaman moden ini. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bilangan kematian tahunan akibat merokok di seluruh dunia telah bertambah dari 1 juta dalam pertengahan tahun 1960an kepada 3 juta sekarang. Jumlah ini dianggarkan meningkat lagi kepada 10 juta setahun menjelang tahun 2020. Bahayanya tidak hanya membabitkan negara-negara Barat sahaja, malah kian mengancam dan menjadi masalah kesihatan yang paling utama di negara-negara membangun, termasuk di Malaysia.


Tabiat merokok mengakibatkan 90% daripada kesemua kes kanser paru-paru, 75% kes kerosakan paru-paru (chronic bronchitis & emphysema) serta 25% kes jantung di kalangan lelaki berumur di bawah 65 tahun. Beberapa lagi jenis kanser paru-paru dan juga komplikasi dalam sistem pernafasan kanak-kanak, turut dikaitkan dengan merokok di kalangan ahli keluarga.


Ibubapa yang merokok bukan sahaja meletakkan anak-anak mereka pada bahaya penyakit, tetapi juga kemungkinan bagi kecacatan anggota serta menggugat pertumbuhan fizikal dan minda ahli keluarga mereka sendiri. Kanak-kanak dari ibubapa yang merokok juga adalah lebih cenderung mencontohi tabiat buruk ini apabila mereka meningkat dewasa kelak. 'Baik buruknya kebangkitan tunas baru di antara kita, bergantung rapat dengan apa yang dibiasakan oleh ayahnya'. Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk perlakuan anak-anak mereka. Firman Allah s.w.t. :  "Wahai orang-orang yang beriman. Peliharalah diri dan keluarga kamu dari api neraka" (At-Tahrim : 6)
 "Allah mewariskan ke atas kamu tentang anak-anak kamu"
(An-Nisa' : 11)

 Hadith Rasullullah s.a.w. :
 "Tiada seorang ayah yang memberikan anaknya suatu pemberian lebih baik daripada adab yang mulia" .(At - Termidzi)
 "Ajarilah anak-anak kamu dan kelurga kamu kebaikan, dan lengkapkanlah mereka dengan adab" (AbdulRazzak & Said Mansur)


Gangguan dan masalah pembiakan serta kehamilan akibat merokok telah juga jelas terbukti. Racun yang terkandung di dalam asap rokok yang dihidu oleh seorang ibu mengandung mampu mengakibatkan keguguran, kelahiran tidak cukup bulan, bayi yang tidak cukup berat badan, kecacatan janin dan berbagai-bagai komplikasi lain. Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa merokok boleh menyebabkan kemandulan bagi lelaki dan perempuan.


Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh menmbawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap termasuklah bahan radioaktif (polonium -201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun yang paling penting adalah tar, nikotin dan karbon monoksida.


Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser. Nikotin, seperti dadah heroin bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerens dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. 
Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu selamanya, kecuali dengan kehendak Allah jua.


Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah berpunca daripada tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan penyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Karbon monoksida pula adalah gas yang beracun, biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.


Manusia seharusnya sedar lalu menjauhkan diri daripada menggunakan tembakau terutamanya rokok, kerana ianya adalah buruk, membahayakan dan membinasakan. Daripada maklumat tentang kemudaratan asap rokok terhadap kesihatan, maka isu berhubung menghidu asap rokok secara terpaksa atau secara pasif (passive smoking) semakin ketara dan menjadi persoalan hak asasi manusia yang semakin hebat diperkatakan di negara-negara maju. Asap rokok amat mengganggu keselesaan dan menjadi punca utama pencemaran udara dalaman (indoor air pollution), di kebanyakkan bangunan dan tempat awam. 

Asap yang terhasil daripada puntung rokok yang sedang menyala (sidestream), bersama-sama asap yang dihembus keluar oleh si perokok (ehaled smoke) adalah dipanggil environmental tobacco smoke (ETS). Ianya mengandungi jumlah kandungan racun pada peratusan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan asap yang disedut terus dari batang itu (mainstream smoke).


Kajian-kajian saintifik yang dijalankan oleh berbagai badan penyelidikan terkemuka antarabangsa telah membuktikan bahawa merokok secara pasif (passive smoke) merupakan penyebab utama kejadian kanser paru-paru di kalangan orang yang tidak merokok. Bagi wanita bukan perokok, beliau mempunyai pertambahan risiko sebanyak 30% untuk menghidap kanser paru-paru dan kelebihan 50% pula untuk diserang penyakit jantung, jika suaminya merokok.


Menghisap rokok adalah suatu perbuatan membunuh diri sendiri dan orang lain atau makhluk lain yang sentiasa terdedah kepada asap yang berpunca daripada perokok itu, sungguhpun proses pembunuhan ini mengambil masa yang agak lama. Firman Allah s.w.t. :
"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang"  (An-Nisa' : 29) Hadith Rasullulah s.a.w. : "Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam" 
(Abu Hurairah r.a.)





Perundangan Islam dan Merokok, Islam dan Faedah Merokok


Tidak dapat dinafikan bahawa merokok memberi faedah kepada penghisap di mana ianya dapat memberi ketenangan tertentu kepada penghisap untuk tempoh masa yang tertentu. Ketenangan ini dirasai sendiri oleh mereka yang merokok. Islam tidak menafikan faedah ini dan al-Qur'an sendiri pun merakamkan bahawa arak dan minuman keras juga adalah berfaedah kepada manusia. Ini jelas dalam firman Allah (surah al-Baqarah, ayat 219), 
Maksudnya, " Mereka bertanya kepada kamu tentang arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat manusia…." Namun, perundangan Islam mempunyai kaedah umum yang mesti diikuti kerana sikap sebaliknya akan menyebabkan banyak hukum- hakam Islam akan dipertikai. Kaedah umum ini ialah Islam melihat kepada kadar faedah dan kadar kerosakan yang terdapat dalam sesuatu bahan dan amalan di mana hukum akan hanya terbina di atas kadar mana Allah telah menyebutkan bahawa walaupun arak itu mengandungi beberapa kebaikan tetapi keburukannya lebih banyak dan sehubungan dengan itu, ia perlu diharamkan. 


Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 219 
Maksudnya: "…Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya".


Dalam konteks ini, walaupun merokok mempunyai beberapa kebaikan, namun keburukannya lebih mengatasi kebaikannya dan sehubungan dengan itu, ia perlu dilarang oleh Islam. Kalau kita hanya melihat kepada aspek kebaikan tanpa pertimbangan dengan kadar keburukan, banyak hukum-hukum yang telah dipersetujui perlu diubah seperti mencuri, berzina, amalan riba, berjudi dan sebagainya kerana amalan-amalan ini juga memberi kebaikan di samping keburukan yang lebih menyerlah. Ini adalah tabiat perundangan Islam di atas dunia dan seperti mana yang telah dijelaskan oleh Imam al-Shatibi bahawa kesempurnaan hanyalah berlaku di alam akhirat. Perundangan Islam untuk mengawal kehidupan manusia di atas dunia adalah tidak 'sempurna' sepenuhnya di mana dalam kejahatan ada kebaikan dan dalam kebaikan ada kekurangan.


Islam dan Bahaya Merokok


Perkara yang harus dalam Islam bersifat biasa dan tidak membawa kepada ketagihan. Malah, perkara yang wajib pun perlu dilakukan dengan sederhana supaya ianya berkekalan, berkesan dan sesuai dengan fitrah manusia. Namum amalan merokok adalah satu amalan yanga sukar dikategorikan sebagai perkara harus kerana ianya membawa kepada ketagihan dalam merokok menjadikannya menguasai manusia di mana manusia menjadi hamba kepada rokok dan bukan sebaliknya.


Ketagihan adalah hasil daripada bahan-bahan kimia yang terkandung dalam rokok. Pemikiran yang sihat dan matang sudah pasti akan menolak sebarang unsue ketagihan sebagai amalan yang dibenarkan oleh Islam. Lebih-lebih lagi apabila ketagihan ini tidak dapat dipenuhi, ianya akan membawa kepada beberapa masalah sampingan yang melibatkan pihak lain seperti masalah kewangan, tekanan perasaan, perasaan marah, tidak tenang dan seumpamanya. Adakah amalan sebegini harus dalam Islam? Ketagihan menyebabkan kemuliaan manusia dikurungkan kerana manusia tepaksa patuh kepada dorongan ketagihan dan bukannya keimanan dan pemikiran yang stabil.


Islam dan Bahaya Rokok Kepada Masyarakat dan Alam Sekitar


Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kandungan rokok bukan sahaja memberi kesan negatif kepada penghisap malah kepada mereka yang menyedut asap rokok. Ini adalah kesan yang tidak terima oleh perundangan Islam berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud, "tidak ada kemudaratan (dalam Islam) dan kemudaratan kepada orang lain perlu dihindarkan". Seseorang itu tidak boleh menimpa kemudaratan ke atas dirinya mahu pun ke atas orang lain.


Tegasnya, kemudaratan mesti dihindarkan sebaik mungkin kerana ianya bukan ajaran Islam. Ajaran Islam ialah agama yang membawa kepada kebaikan dan kemudahan. Begitu juga, amalan menghisap rokok menggalakkan industri tembakau dikeringkan dengan menggunakan kaedah kayu api. Ini memerlukan kepada bahan pembakar yang banyak dan sekaligus menghasilkan karbon monoksida yang banyak dalam dunia dan menyebabkan hutan terhapus.


Rokok dan Masalah Sosial


Rokok sudah dikenalpasti sebagai titik permulaan kepada amalan ketagihan dadah, ganja dan seumpamanya. Mereka yang tidak merokok tidak akan terdedah kepada amalan penagihan dadah dan sebagainya. Ini adalah bertepatan dengan kaedah perundangan Islam iaitu Sadd al-Dhara' (blocking the means) iaitu menutup pintu kepada kejahatan.


Sesuatu perkara itu, walaupun pada asalnya dibenarkan oleh perundangan Islam, boleh bertukar menjadi perkara yang ditegah sekiranya ia boleh membawa kepada satu keputusan yang tidak baik. Menyewa rumah kepada seseorang adalah harus tetapi menyewa rumah kepada seseorang yang terkenal dengan kerja-kerja maksiat adalah tidak harus atas dasar doktrin di atas kerana penyewa mungkin menjadikan rumahnya itu sebagai tempat dan pusat maksiat. Begitulah juga dalam persoalan merokok atas andaian hukumnya adalah harus.


Peringatan Kepada yang Merokok


Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancamkan kehidupan kita. Apa saja yang dimasukkan ke dalam tubuh dan uratsaraf kita hendaklah yang baik, bersih dan yang menjaminkan keselamatan jasmani, akal dan rohani kita. Tabiat merokok yang diamalkan denagn cara menyedut madat masuk ke dalam badan kita adalah satu tabiat yang merosak dan mengancamkan diri kita. Oleh itu berhentilah merokok. Allah berfirman dengan maksud menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk. (Al-A'raf: 157)

~kalau anda sayangkan diri anda , tolong jangan merokok lagi , ia akan menjejaskan kesihatan anda :/ 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

bAcKgRoUnD

assalamualaikum ,

bagi sesiapa yang suka tukar background blog ni boleh lah pergi ke link ni

http://bloggerblogbackgrounds.blogspot.com/

tapi dia tak bnyak jenis , ikut suka anda la :) ceh - ceh , :P
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Thursday 28 June 2012

risau!risau :)

Assalamualaikum ,


esok pada 29/6/2012 murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai telah mengadakan Hari Terbuka , hari terbuka ni bukan lah hari kantin ke hape, tapi hari penantian ibu bapa untuk hadir ke sekolah untuk mengambil REPORT CARD'' , jengjengjengg ,,, semua risau je kan sebab prestasi masing-masing ada yang corot & luar biasa ,almaklum lah prestasi ramai sangat yang paling tercorot , dari 100 % Anis bagi
75 % , cehh , suka ati plk nk bg markah peratusan prestasi murid-murid sekolah ni , padahal Anis pun masih murid sekolah ken :P


sudah semestinya antara murid - murid sekolah ni tak boleh tidur malam ni kan :/ sebab risau dimarahi ibu/bapa masing - masing didepan guru kelas masing - masing kan , Anis un risau jugak sebab anis punya result pn boleh tahan teruk la jgk , tp nonono , ta boleh bgtau , jengjeng  ... ni secreat pompuan punya ,, kehkehh :P tp ,.... tu la , mama & abah Anis ta dtg esok , diorang buzy :) tape - tapa , anis takesah pun :) sebab akhir persekolahan di tingkatan 5 nnti mesti cikgu pulangkan report card punya , macam abang Anis dulu lah :) dia pun macam anis jgak :)


mungkin kawan-kawan Anis cemburu jgk dengan Anis sebb mama & abah Anis ta dapat dtg skola esok , dan anis ta pun kena marah sebab result anis ni,sebenarnya anis pun kena jugak marah tp ta la seteruknya , tapi Anis terus kan usaha anis untuk berjaya :) walau pun gagal , anis cuba juga untuk berjaya , tp berjaya bukan setakat berusaha saja , kena lah berdoa , solat 5 waktu ,  :)


anis risau jugak dengan kawan - kwan anis lepas kena marah nnti ,pulak tu depan guru kelas masing - masing  :( walau ape pun Anis harap sangat- sangat lepas ni takkan main- main lagi dalam pelajaran :(


DOAKAN ANIS BERJAYA :)
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Wednesday 27 June 2012

MALU :)


APA ITU MALU ? 

SIFAT malu adalah salah satu sifat yang patut ada dalam diri setiap remaja Islam. Bagaimanapun, sifat malUini mestilah bertempat kerana ada peribahasa Melayu mengatakan, “malu biarlah bertempat.”

Kita tidak mahu remaja terhalang mengejar kemajuan oleh sebab sifat malu yang terlalu tebal. Bagaimanapun, pada masa kini keseluruhannya remaja kita sudah tidak mempunyai sifat malu.

Sifat malu dapat diistilahkan sebagai berasa aib (hina, rendah) kerana membuat sesuatu yang salah atau tidak sopan, berasa tidak senang melakukan perkara dilarang Allah.

Manusia diciptakan Allah dengan sempurna, salah satu sifat yang patut ada dalam diri seseorang insan adalah malu terutama sekali berasa malu kepada Allah jika melakukan perbuatan terlarang.
Jika manusia mengetahui Allah memberikan pelbagai macam kenikmatan kepada manusia seperti kenikmatan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk merasa dan nikmat paling besar berupa iman kepada Allah.

Manusia harus malu jika mengerjakan kemaksiatan, manusia juga patut berasa malu jika lupa kepada nikmat yang diberikan kepadanya, perasaan malu ini harus dimiliki setiap manusia beriman.
Jika perasaan malu tidak ada dalam diri seseorang, maka itu suatu alamat kehancuran bagi manusia itu sendiri sebab hilangnya malu akan menarik pelbagai macam perbuatan maksiat dan kerosakan di muka bumi.
Bagi remaja, malu adalah kunci mencegah daripada segala yang merosak akhlak. Sifat itu dapat disemai seseorang apabila selalu bergaul dengan orang beriman, berilmu pengetahuan dan mempunyai budi pekerti luhur.

Orang yang memiliki rasa malu akan menyesal apabila melakukan perkara ditegah dan ia menunjukkan hati kecilnya hidup, batinnya suci dan bersih.

Tetapi sebaliknya, bagi orang yang sudah tidak memiliki rasa malu, dia berasa seronok apabila melakukan perbuatan tidak patut dilakukan sekalipun ramai orang mengetahuinya, bahkan sehingga melanggar kesopanan dan larangan agama.

Malu itu diwajibkan oleh Islam kerana malu termasuk sebahagian daripada iman, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi dari Ibnu Umar)

Islam mengingatkan umatnya supaya memerhatikan rasa malu kerana rasa malu termasuk sebahagian daripada iman, juga menjadi sebab terbentuknya akhlak mulia. Apabila hilang rasa malu akan rosaklah akhlaknya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam itu berperangai malu.” (Hadis riwayat Imam Malik)

Tokoh Islam, Sulaiman Darani pernah berkata, “seseorang yang berbuat sesuatu perbuatan kerana didorong empat sebab; rasa takut, mengharap pahala, mengagungkan Allah dan rasa malu. Semulia-mulia mereka ialah orang yang berbuat kerana malu.”

Sikap ini bersumber kepada keyakinan bahawa Allah selalu melihat kepadanya pada setiap waktu dan keadaan, rasa malunya berbuat kebajikan lebih besar daripada malunya dalam berbuat kemaksiatan. Manusia yang bersifat seperti ini akan mendapat balasan daripada Allah.

Kita pernah mendengar peribahasa Melayu menyatakan, “Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.” Sifat malu seperti ini tidaklah kita kehendaki dalam masyarakat kerana disebabkan terlalu pemalu sehingga menyusahkan diri sendiri.

Apa yang ditegaskan ialah sifat malu melakukan sesuatu bertentangan ajaran Islam. Sifat malu seperti ini amat dituntut dalam pendidikan rohani.

Rasulullah SAW adalah seorang yang terlalu baik perangainya, seorang paling mulia akhlaknya, tinggi ketaatan kepada perintah Allah dan segala tugas kewajipan kemasyarakatannya serta selalu menahan diri daripada segala larangan-Nya.

Diriwayatkan daripada Abi Sa’id al-Khudri, ia berkata yang maksudnya: “Rasulullah SAW adalah lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Dan apabila terjadi sesuatu yang tidak disukainya, kami dapat mengenal daripada wajahnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Malu sebenar-benarnya adalah ikatan yang tidak dapat dipisahkan dalam hidup beragama kerana antara iman dan malu itu suatu ikatan yang utuh dan tidak dapat dipisahkan antara satu dengan lain.

Kajian ahli psikologi menyatakan, sifat malu dapat membantu membaiki akhlak seseorang, sementara sifat pemalu yang tidak betul pada tempatnya boleh menjejaskan imej seseorang. Jika rasa malu hilang maka secara beransur-ansur sifat insannya menurun, sampai kepada darjat yang paling rendah.

Oleh itu, asuhan sejak kecil penting kepada anak supaya mereka memiliki sifat malu positif iaitu mengikut ajaran Islam. Tugas ibu bapa mendidik anak dengan menanamkan rasa dan sifat malu dalam diri mereka.
Sudah menjadi fitrah kejadian manusia itu sendiri, apabila manusia diberi akal sempurna hilang daripadanya sifat malu, maka ia akan menjadi ganas bahkan lebih ganas daripada haiwan tidak berakal.

Manusia yang hilang rasa malu akan berbuat semahunya tanpa mempedulikan adanya aturan dan kesopanan dalam masyarakat, menjadi liar, rakus dan kurang ajar. Tidak hairanlah jika kita mendengar gejala bohsia, lari dari rumah, bersekedudukan, melakukan perbuatan maksiat, terbabit penagihan dadah, pil khayal yang mengancam remaja dewasa ini.

Sudah tentu perkara seumpama tidak akan berlaku jika remaja mempunyai sifat malu, berbudi bahasa, berakhlak mulia dan menjauhkan perbuatan keji ini.

Hanya iman yang kuat dalam diri remaja dapat menghindarkan segala perbuatan yang boleh merosakkan diri, bangsa dan negara. Ingatlah remaja hari ini adalah pelapis dan pemimpin negara pada masa depan.

INTI PATI
Sifat malu mengikut Islam :)

Manusia harus malu jika mengerjakan kemaksiatan, manusia juga patut berasa malu jika lupa kepada nikmat yang diberikan kepadanya, perasaanmalu ini harus dimiliki setiap manusia yang beriman.

Jika perasaan malu tidak ada dalam diri seseorang, maka itu suatu petanda kehancuran bagi manusia itu sendiri sebab hilangnya malu akan menarik pelbagai macam perbuatan maksiat dan kerosakan di muka bumi.

Bagi remaja, malu adalah kunci yang mencegah daripada segala yang merosak akhlak. Sifat itu dapat disemai seseorang apabila selalu bergaul dengan orang beriman, berilmu pengetahuan dan mempunyai budi pekerti yang luhur.

Orang yang memiliki rasa malu akan menyesal apabila melakukan perkara ditegah dan ini menunjukkan hati kecilnya hidup, batinnya suci dan bersih.

Malu itu diwajibkan oleh Islam kerana malu termasuk sebahagian daripada iman, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.

Islam mengingatkan umatnya supaya memerhatikan rasa malu kerana rasamalu termasuk sebahagian daripada iman, juga menjadi sebab terbentuknya akhlak mulia. Apabila hilang rasa malu akan rosaklah akhlaknya.

-Adakah kita tergolong di dalamnya-???

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

si KuCiNg CoMeL

hey , assalamualaikum , kali ni Anis nk crita tentang si KUCING comel , nama nya maruu ,,, comel je kucing nie ,,rasa macam nak cabut je bulu tebal kucing Maru nie :)

ni lah dia salah satu gambar MARU yang buat Anis geli hati bila tgk keletahnya yang lucu & comel nie,, hehe :)


nampak ? comel kan :) ciut je muka , 


Maru ni si kucing dari Jepun . memang nakal & suka bermain :) 

Kegemaran Maru adalah bermain dengan kotak. Kotak besar, kecil, semua dibedal.

Maru suka melontarkan badannya masuk ke dalam kotak di atas lantai dan menggelongsor.

Sambil menggelonsor di lantai, ekornya yang kembang akan menyapu lantai membersihkannya.

Pasal tu lantai rumah Maru sangat bersih.


VIDEO SI KUCING MARU BERMAIN :) 


Cara Maru tidur dengan gaya Terlentang :) 




Maru suka memuatkan badannya dengan kotak yang kecil , tak kira apapun , dia main redah je :) 










Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !