Friday, 30 November 2012

Air Barli Dapat Mengatasi Masalah Kencing Kotor ..


salam ...

hey korang :) jengjengjengg .. cuba teka , kali ni ,apa yang Anis akan kongsikan ? dah tau kan ? Topik Hari ni tentang ,'' CARA MENGATASI MASALAH KENCING KOTOR '' , ini kerana ,Anis sendiri pun dah ada pengalaman masa tahun 2007,masa tu anis baru Darjah 3 ,

Anis selalu mengalami masalah kencing tak lawas & sakit perut , dan KINI , anis dapat mengatasi masalah tersebut dengan mengamalkan minum AIR BARLI ,tapi , sejujurnya anis tak suka minum air tersebut sebab buahnya rasa macam nasi , so anis pikir , air yang anis minum tu air daripada nasi .. haha ... 

anis tau yang anis kena kencing kotor tu sebab , masa tu dah tak tahan menanggung sakit perut tiap2 malam , so ayah anis bawak pergi klinik yang berdekatan , then Doktor kat situ bgtau yang anis terkena jangkitan kencing kotor...masa tu ,doktor tu suruh test air kencing , so tahu laaa ... 
ada jugak doktor tu bgtau yang anis ni ade kencing berdarah , so doktor tu terus saran kan supaya anis mencuba minum air barli , so start malam tu , mak anis trus suruh abang anis beli biji barli tu , setiap kali tengahari dan malam , mesti kena minum , dan sekarang telah terbuktinya bahawasanya air barli ni memang mujarab .. so , let's try it :P 


Bagi sesiapa yang ada masalah kencing kotor ini , anda boleh cuba cara anis ni , dan ia memang mujarab sebab anis sendiri yang pernah alami masalah KENCING KOTOR ini..jom ikut step ni : 


1 . sediakan Biji Barli

boleh cari atau beli dikedai yang terdekat atau berhampiran dengan rumah korang ...

2. Rebuskan Biji Barli tersebut

korang boleh masukkan helaian daun pandai untuk mendapatkan haruman didalam minuman korang...

3. Tambahkan sedikit Gula

Air barli ni memang tawar , so kalau nak bagi dia rasa manis-manis tu , korang boleh tambahkan gula untuk menyedapkan minuman korang ...

4. boleh tambahkan apa2 perisa

kalau anis , dulu masa darjah tiga , mak anis buatkan air barli ni dengan tambah perisa Sirap sebab mak anis tahu anis tak suka minum kosong je,


haa ..senang je caranya .. ?
dulu , anis kalau nak minum air barli ni punya la susah ...sampai pernah sekali , anis buat minum tipu2 , padahal tak minum pun , tak ke teruk sampai mcm tu skali ... so korang yang alami masalah yang sama mcm anis ni , jgan tiru pulak aksi anis ni , minum je lah tiap2 hari :)hasilnya , korang akan lihat sendiri , hari demi hari , masalah ni akan selesaii dan korang tak perlu derita sakit perut gara-gara alami kencing kotor ni .. ...

SEKIAN :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

7 comments:

  1. apa punca kencing kotor ni?? sy pom mengalami mcm cik anis jugak

    ReplyDelete
  2. maaf diatas kelewatan membalas komen.
    saya pernah diberitahu doktor,kencing kotor ini adalah jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. Kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis). “Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas. Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah. kurang minum air juga adalah satu puncanya .

    ReplyDelete
  3. http://mama-syafi.blogspot.com/2013/02/masalah-kencing-kotor-punca-serta.html

    ReplyDelete
  4. Dalam kesibukan nak buat persediaan balik kampong mlm ni, mama sempat cari satu artikel nak masukkan dalam umah.. utk general knowledge ni bagus.. Jom kita baca tentang kencing kotor, punca serta kaedah pencegahannya..



    -------



    Tempoh berpantang selepas bersalin merupakan satu masa yang sungguh penting untuk ibu dan bayi yang baru lahir, tetapi ia satu aspek yang kurang diberi perhatian berbanding semasa kehamilan dan semasa bersalin. Masalah jangkitan selepas bersalin adalah satu hal yang boleh berlaku di mana jangkitan boleh melibatkan paru-paru, rahim, saluran kencing atau buah pinggang, luka bersalin sama ada luka pembedahan atau luka koyakan pada faraj, jangkitan pada betis/kaki dan juga jangkitan pada payu dara. Wanita yang baru lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat masalah kencing kotor dan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin.



    Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Barakah, Dr. Khairiah Seman, kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. Kebanyakan kencing kotor

    adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis). “Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas. Jika jangkitan sudahmerebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah,” demikian terang Dr.Khairiah.



    Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran air kencing mereka lebih pendek. Manakala, wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini. Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu air kencing dikeluarkan melalui tiub.



    Masalah jangkitan kencing kotor adalah masalah jangkitan kuman terutamanya bakteria jenis Escherichia coli. Jadi rawatannya adalah dengan mengambil antibiotik untuk membunuh kuman tersebut Dalam masa yang sama, ubatan seperti ubat penahan sakit, ubat untuk melawaskan kencing boleh diambil. Tidak kurang penting juga seseorang itu mesti minum banyak air. Jika seseorang itu kerap mendapat masalah kencing kotor, satu ujian terhadap sistem saluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan saluran kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram(IVU). Ini biasanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari.



    Pencegahan masalah kencing kotor

    · Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing.

    · Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap - membenarkan bacteria akan dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.

    · Dalam masa yang sama,terutamanya untuk ibuibu yang baru lepas bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/perineum dijaga dengan sempurna.

    · Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang. Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bacteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.

    · Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Juga, minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.

    · Elakkan produk feminine yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk, di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.



    p/s: tolong sapu2 sket habuk kt blog ni ye sementara mama bercuti panjang ni J

    ReplyDelete

*Jangan tengok je , komen lerr skali :)