Saturday 9 February 2013

Pakar ICT Meninggal Dunia






Pemenang Anugerah Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut,khamis lalu 

Allahyarham Azli Paat, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun. 

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam. 


Katanya bapanya mengalami demam panas  dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya. 

Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan. 

Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain. 
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi. 

Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24. 

Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari. 

Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007. 

"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya. 

Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lalu, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAMA 


Sumber : Berita Harian 

Al-fatihah ... anis pun baru tahu pagi tadi dalam Nasi Lemak Kopo O' (NLKO) , 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

No comments:

Post a Comment

*Jangan tengok je , komen lerr skali :)