Wednesday, 4 September 2013

Gatal tekak ? cara nak merawat Gatal Tekak .

sejak kebelakangan ni , Anis sering mengalami masalah gatal tekak . seksa jugak nak menanggung sampai batuk slow2 pun tak hilang-hilang . biasanya batuk tu kena lepas dengan sekuat hatinya.baru dia hilang & ghaib :P

Gatal tekak yg anis alami ni pelik sikit , dia akan automatiknya datang bila time exam & ada test dekat skolah & tuisyen . tak kira juga dimana pun anis berada,janji suasananya kena sunyi sepi , mmng confirm serangan GT ni datang ..

Dipendekkan cerita , semalam ... cikgu dekat skolah suruh buat test sebb tak lama lagi dah nak PMR , so anis pun focus lah dekat kertas soalan yang diberi , tiba-2 tekak ni rasa lain macam je . rasa mcm ada habuk dekat tekak ni ha , lepas tu automatik batuk trus . perasaan masa tu malu yg teramat sbb orang lain tgh focus buat test , tapi anis sorang je trbatuk-2 . seksa jugak nak menahan batuk tu .. then apa lagi , anis pun lepaskan jugak batuk tu kuat-kuat .. dah tak pikir malu apa dah , janji batuk & gatal tekak tu hilang .

then balik skolah , anis pun terus meng-google cari tips , akhirnya jumpa satu tips dari klik sini , so dapatlah anis tahu cara-2 melegakan gatal tekak :


so , siapa yang nak tahu mcmne merawat gatal tekak , boleh baca sini :

1. Ambil segelas air panas,campurkan satu atau dua perahan limau nipis dan empat camca kicap masin .minum 3 kali seminggu sebelum tidur . kalau boleh jangan buat penuh dalam gelas tu, buat 2/3/4 cm je dari gelas tu :-)

2.Sekiranya tekak anda gatal dan anda sukar bercakap, jangan ‘ ahem ‘ untuk melegakannya. 
Memaksa tekak untuk batuk boleh mencederakan peti suara dan menyebabkan suara menjadi garau , amaran daripada pakar University of Michigan.

3.Mudah untuk melegakan tekak ialah dengan meneguk secawan air. 
Ingat air sangat penting dalam tubuh badan kita.


untuk pengetahuan anda semua , perahan limau nipis dan kicap masin itu sebenarnya sedap .. dia masam-2 gitu . . . anis slalu tak cukup bila buat .. sbb anis mmng suka makanan yang masam2 ni  . first time masa mama anis suruh buat pun , anis rasa mcm tak sedap ... actually sdap rupanya .. haha yummy . 





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !