Tuesday, 30 May 2017

BANGKITLAH



Hidup merupakan perjalanan yang perlu kita lalui disaat gembira , bahagia , sedih , kecewa sekalipun.
namun setiap perjalanan yang kita lalui , pasti ada ujian yang kita akan lalui . Tujuan aku menulis blog pada saat ini adalah untuk menyeru kalian supaya terus bangkit walau sebesar apa pun ujian itu.

kalian perlu tahu , Allah tidak akan menguji setiap hambanya diluar kemampuan mereka . Buat anda yang sedang diuji , bangkitlah ! teruskan perjalanan hidupmu . jangan terlalu memikirkan hal yang lepas . ia mungkin menyiksa perasaan kita . positive kan mindset kita bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya , Allah ingin kita berubah menjadi yang lebih baik . 

Disaat kita diuji , pasti kita berasa lemah , kecewa . tetapi percayalah , disebalik kecewa ,duka yang kita lalui , akan ada kemanisan disebaliknya . 

Buang segala yang menggangu fikiran , majulah kehadapan . kita berhak untuk mendapatkan kebahagiaan . mungkin ada yang sedang gembira disaat kita jatuh , lemah dan kecewa ini . Lakukan perubahan .supaya orang yang gembira melihat kejatuhan kita ni,akan kaku , kelu melihat bangkitnya seorang yang dianggap lemah . 

jika kita jatuh kerana kehilangan seseorang , ingatlah bahawa Allah telah tetapkan segalanya dan kehadiran kita mungkin sekadar untuk mengubah seseorang itu kejalan yang lebih baik . kehidupan akan membawa seseorang pada jalan yang dipilihnya . pilihan yang tepat tidak akan membawa kepada penyesalan .

perkara yang paling mencabar untuk berubah adalah semasa mencari titik permulaan . Dan kerana itu ,ramai diantara kita masih sama seperti dulu .kerap ingat kesedihan yang berlaku,terkenang kisah lalu dan bermain dengan perasaan yang sayu .

ITU BIASA.

cumanya , jika kita mahu jadi yang lebih baik dan lebih cekal hatinya , kita harus bersiap sedia lepaskan segala kenangan usang yang lama . ya , mungkin ada kenangan lama yang manis membuatkan kita sukar untuk maju ke hadapan dan tersungkur sehingga tidak berani untuk mencuba bangkit dari masalah tersebut .

JIKA KITA MAHU BERUBAH,LEPASKAN ! 

jangan biarkan ia tersangkut di cerita yang lama .kenangan lama itu ibarat daun kering yang berguguran . ia mungkin mampu dikutip , tetapi tidak mungkin akan mencantumkannya ke ranting pohon .

niat itu penting . jangan sekadar main2 . sama saja kita bermain dengan keyakinan dan kepercayaan diri kita . nekadlah untuk bangkit . bangunlah dari mimpi dan angan2 . buktikan yang kita mampu bangkit dan berdiri tegap :)



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Friday, 6 January 2017

GREEN TEA BOH

Assalamualaikum sekian lama aku tak menulis di blog kesayangan ni ,tiba2 terdetik nk berblogging lagi .Awal tahun 2017 plk kali ni .hihihi lpsni plk brapa lama ntah gap nk berblog haha .ok kali ni rasa mcm nk tulis pasal greentea yang aku minum .

setakat ni,perubahan yg aku nampak memang ada , sebab aku rasa aku consume dh lama ,cuma kdang skip jgk sebulan , 
Image result for green tea boh untuk kurus

okay gambar atas ni la green tea yang aku selalu beli . boleh beli kat pasaraya terdekat ,dan kedai kedai runcit terdekat .

selama aku consume greentea ni secara consistant ,aku dpt rasa perut aku makin hari makin kempis .memang aku minum green tea ni niat nk menguruskan badan . so hari-hari la aku minum ,mula2 tak gemar sangat disebabkan green tea dia ni pahit sikit dari tea biasa .dan tidak digalakkan letak gula . nak sihat kan ?kne la dengar cakap and tekad .

aku selalu minum green tea ni sekali je dalam sehari ,sebab org kata tak elok minum bnyak2,sbb green tea ni mengandungi kafein ,bila dah selalu minum ,apa yang aku rasa ialah , lepas je minum air tu dalam beberapa minit kemudian tu confirm akan ke toilet . maybe proses detox la kan . and kalau kita bersenam lepas minum greentea ni lagi senang pembakaran lemak dia . cepat je rasa berpeluh mcm kau mandi hujan .cewah . 

kedua , aku rasa aku senang je bangun pagi . kalau tidak , dulu nk bangun asik snooze je alarm sendiri hahahha .aip tp jangan pikir tak solat subuh lak . alhamdulillah kita masih menjalankan tanggungjawab sebagai umat islam. biasanya lepas sembahyang tu akan mengantuk balik , tp sekarang ni lepas bangun sembahyang terus tak tidur da . aku pun bukak la tv layan ''TANYALAH USTAZ'' pagi pagi tuh . lepastu layan la ''SELAMAT PAGI MALAYSIA'' .

so dia punya perubahan nak nampak bukan minum sebulan dua , kne minum consistant ,baru akan perasan perubahan dia .so kepada korang yang nak sihat,kurus,nak bagi flat tummy ,boleh la minum dan amalkan green tea dari sekarang .dan 2017 kan ,siapa je tanak kurus .lagi2 perempuan . jangan dok ckp ''esok2 la'' , memang sampai kesudah takkan kurus .hihihihi

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Thursday, 19 May 2016

2016

Assalamualaikum semua yg mengenali diri ini .

entah tiba2 tangan ni gatal je nk menaip panjang lebor gini . sebenarnya , emm tak tau nk nk kabonye mcmne , bila dah masuk 2016 ni , umur aku dah masuk 18 . so paham2 ajelah knapa mood aku down sebegini .kat mana lagi nak luah , kat sini bila kita menaip , mcm kita bercakap dgn diri sendiri jgk . mcm miror ada reflect dari otak ke skrin laptop yg sedang kita tulis ni . hee

last masa Spm haritu , bnyak kali jgk aku termenung . pikir macam2 la otak bercelaru memikirkan lepasni aku kena terima hakikat bahawa aku akan kehilangan kawan2 sorang demi sorang .

masuk je januari 2016 , dimana lepasan SPM tengah sibuk mencari income lebih utk dapatkan duit poket masing2 . semua belajar berdikari takmau guna duit parents . ye lah , daripada kita duduk jadi anak raja kat rumah perabis duit parents , better find the right way utk MASYUKK . haha dapatla jugak kita beli apa yg kita nak dgn duit kita sendiri . orang kata time ni lah kiranya kita dpt first gaji .
tapi , bila semua seronok dapat pegang duit , semua jadi lupa . kawan yang elok2 kita rapat mcm belangkas time skola , semua jadi renggang sebab buzy kerja. nak cuti pun bukan dpt hari sama .

masuk bulan mac , pada 3/3/2016 , result spm yg dirisaukan klua . aku takda la dpt result gempak ,sbb aku bukan pandai mana pun . aku just dapat 1 A je . itupun bm je . sbb dari dulu minat aku dgn subjek BM tak pernah berubah . sebab aku jenis suka buat karangan . subjek paling aku benci adalah mathematics la of course . haha ,aku mmng tahap bebal dalam kira2 mmng slalu ketinggalan . kadang2 tu rasa down sgt knapa la aku susah sgt nk score maths mcm org lain , tp alhamdulillah result spm semua lulus . subjek sejarah pun aku benci , tp boleh lah dapat credit utk subjek tu , padahal sebelumnya payah aku nk lulus . mungkin sbb subjek tu boring bagi aku . berkat cikgu aku yg bersungguh ajar aku smpai lulus, aku buktikan jugak aku boleh lulus .

masuk bulan april , kawan2 lain dgn perancangan masing2 . ada yang plan nk masuk form 6 . nama aku pun tersenarai terpilih masuk form 6 tu . tp minat pada form 6 tu kurang , sbb setahu aku kalau masuk form 6 mmng kne struggle gila utk dptkan pointer yg tinggi . so aku takut aku tak boleh , better awal2 aku undur diri tunggu keputusan UPU keluar .

yang sedihnya , bila keluar upu , nama aku tak berjaya masuk uitm pun . sedih gak . tp lepastu aku dapat tawaran masuk unisel . abah dgn mama punya reaksi aku rasa bersalah sbb menghampakan diorang . bila dapat je tawaran unisel , trus dia suruh aku masuk . siap dengan penuh keyakinan ''masuk terus'' katanya . before result upu klua dlu , abg aku suruh aku apply Masscomm kat uitm . tpi nak buat mcmne , takda rezeki sbb bi aku kurang memuaskan . so bila dh dapat unisel ni , aku cuba je lah apply kos communication & media . atau bahasa melayu nya komunikasi dan media (masscomm).
tup tupp ! memang aku dapat terus , tunggu nk pegi daftar je awal bulan 6 ni . aku start risau jgk sbb bahasa inggeris aku tunggang langgang kalau nk speaking . tak tenang nak tidur , sebabtu aku menaip pagi2 buta ni sambil2 dgr lagu2 sedih konon tak boleh tidur sbb pikir pasal ni . padahal aku tgh sakit gigi . seminggu lebih tak dapat tidur lena .
nak tanak aku kene terima jugak . ikut apa yg family nak yg terbaik utk aku .

tapi aku masih tunggu jugak keputusan politeknik . kalau dapat politeknik , aku mcm nk masuk politeknik je sbenarnya . tp kalau rezeki ke unisel , aku terima je la dgn hati yg terbuka . masuk dunia baru ni , kita kena la blajar benda baru . okk nak sedapkan hati aku sendiri nii ..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Friday, 26 June 2015

Diet tips di bulan Ramadhan

Assalamualaikum , dikesempatan ini , anis
Nak ucapkan terima kasih kpd anda yang 
sudi baca blog anis yang tak seberapa ini . Memandangkan tahun ini anis akan menghadapi peperiksaan SPM (Uish bedeborr ghase) jadi , jaranglah anis update blog ni ye. 

So hari ini , tiba2 rasa nk bg tips memandangkan i punya berat pun semakin menguji kesabaran dan kekuatan emosi . Mana tak nya, bila berat naik sikit je,ada je yg nk tegur " eh kau dah gemuk lah", "kau dah berisi lah" . Perempuan mmng pantang dengar kalau orang cakap dia gemuk , mula lah tanak makan trus . Acah je kau bedah tanak makan . Haha . 

Haa skrang kan bulan ramadhan , ada yang berazam nak kurus kan . Nak dapatkan berat tahun2 sebelum ni kan . So boleh lah baca ni : 

1. Jangan skip sahur . 
- bila terlalu teruja nak kurus , kau rasa kau tak patut pun sahur, biar je berlapar . NO , JANGAN SKIP SAHUR . 

2.Workout
- jangan la habiskan waktu2 kau dengan tido sepanjang masa dan cuma tunggu nak berbuka je . Ambil lah sekurangnya 1 jam untuk kau bersenam dan keluarkan peluh . Tp i suggest ,uoll try lah tarian zumba2 ke or search [FITNESSBLENDER] dekat youtube . Ha yang ni mmng cepat turun kan berat badan . I dah try . Mmng berkesan if uoll konsisten dan tekad nk kurus .

3.berbuka 
- okay yang ni paling sukar nak kawal . Semua orang kalau tengah lapar,nafsu makan mmng jadi kuat sampai tak terkawal dah . So korang kena bijak . Mindset kena betul2 kukuh . Kalau nak makan banyak je , ingat lah yang kau tengah diet . Atau nak lebih senang , korang boleh tengok gambar sesiapa sahaja yang korang adore utk jd macm dia . Atau kurus macam dia . Atau boleh tengok kawan2 korang yang kurus kering tu . Yang selalu buat korang jeles dgn bentuk badan yang kurun ramping kerempeng tu . 

4. And seterusnya, bila korang dah workout perpeluh sakan dah kan , jangan pulak makan ikut sukahati sampai perut rasa mcm nak meletopsss, sia sia je lah kau workout tp kau pelahap macam2 . 

5. DETOX
- ha ni siapa yang nk kurus mesti tahu pasal detox ni kan , korang boleh cuba sendiri kat rumah . Bahan pun senang je , koranv boleh search google , sbb detox ni bnyak sangat resepi yang berbeza , tp kalau anis slalu buat lemon + limau nipis . Keduanya masam kan , so no wonder lah kalau kerap ke toilet tu sbb detox ni nk cuci perut supaya lemak2 degil tu klua. 

Setiap tahun Alhamdulilah anis akan cuba dapatkan berat yang sama . So bila timbang waktu raya tu kembang kuncup hidung . Berat seragam je 44kg . Hehe tp tahun ni tak tahu lah mcmne . Harap sama jugak lah . 
So korang pun boleh cuba pelbagai cara . Tp jangan guna jalan singkat, nak kurus beli macam2 pil pelangsing . Sbb kita tak tahu side effect yang akan dtg . So better kurus dengan sihat . BERSENAM adalah wajib untik sihat malah dapat menurunkam berat badan . 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Monday, 5 May 2014

Akhirnya kemenangan berpihak pada kami ..

Assalammualaikum , firstly anis actually nk kongsikan rasa kegembiraan yang tak terhingga smpai rasa mcm nk ketuk kpla pakai penukul mainan yang budak-budak slalu main tu .. huhu

Okay , let's cek habaq .

Baru-baru ni, anis dpt request dari cikgu utk masuk Pertandingan Tarian ''Semarak Tari'' yang akan berlangsung di SMK SRI AMAN (P) . perasaaan masa tu mcm teruja gitu-2 je . sbb tahun lepas (2013) spatutnya anis dengan bdk2 tarian skola masuk pertandingan Festari yang dianjurkan oleh pihak yang tertentu , ianya mengambil masa yang lama gilos babass la kateko ... dipendekkan crita , kitorang start practise since March 2013 until bulan puasa pun sanggup kitorang dtang utk buat latihan dkat skola . sbb pertandingan tu actually bulan 4 ke bulan 6 tah , *dah lama,so tak ingt* , lepastu ditangguhkan dan berganjak ke lepas raya . tiba-tiba !!!!!!

arhhhhhhhhh ................................................................................................................

Pertandingan tu cancel last minute .. ya Allah betapa remuk jantung kaweeee . bayangkan la masa dia cancelkan pertandingan tu , spatutnya jumaat kitorang perform , tp rabu sebelum tu cikgu kitorang dpt panggilan yang cukup buat kitorang terperanjat yang dikatakan cancel sbb apa tah . baju semua dah siap tempah tu mcm sia-2 je . habis duit cikgu & pelatih kitorang dalam RM2OOO+ untuk prepare apa yang patut .

kecewa sangat tau ...

okay back to my story tentang haritu , kitorang practise tanpa pelatih . practise gitu-2 je . ingat step yang lama je . tp kitorang just polish kan je mana yang patut .

bila tiba masanya ... pada 29 april 2012 akhirnya kitorang berjaya dpt jugak tempat . iaitu no.3 .. okay lah tu kan sbb kitorang tak sangka pun boleh dpt tempat . tarian yang kitorang buat tu pun khas utk ABG ARI ( guru tari ) sbb dia frusted sgt tentang festari yang cancel last minute tu . then dia bangga dgn kitorang .

sebelum pertandingan tu start , kitorang semua sedih sbb abg ari tu tak dpt dtg and tgk kitorang buat persembahan . rindu nk dengar dia membebel2 kat kitorang sbb dia lah penguat semangat kitorang utk terus bangkit . sampai tak sangka tiba-2 dia call tanya pasal kitorang .. trus air mata anis bergenang sbb rindukan dia ... and dia ckp nak datang tgk kitorang perform . so bahagianya rasa bila tgk dia senyum time kitorang menari kat atas pentas . sampai skolah lain pun nak kitorang menang tauu .. wuuu dasyat gak kitorang . berkat doa kitorang masa belakang pentas , akhirnya termakbul jugak hasrat abg ari nk tgk kitorang perform .
dan untuk meraikan kemenangn kitorang berjaya dpt tempat tu , kitorang pegi swimming ramai-2 then pegi makan-2 .. hhihi . akan datang cikgu kitorang nak blanja tgk wayang  & blanja makan . and also main boling .. ecehh ...

Alhamdulillah ...


sekian ,

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Saturday, 15 February 2014

Putihkan Kulit Muka Dengan Sabun Papaya :)

Assalammualaikum saudara dan saudari yang dikasihi dan disayangi sekalian . sudah lama anis menyepi , masih ingatkah kalian dengan anis ? mesti ada yang dah lupa atau dah tak kenal lagi dah . haha tak mengapa , so in sha allah , kalau anis ada masa dan tidak sibuk , anis akan update tips,story or anything yang boleh anis share dgn korang .

here for today , i wanna share something about ''cara memutihkan muka''. okay anis tahu ramai gadis-gadis,wanita-wanita,ibu-ibu yang nak sangat putih termasuk anis sendiri .. ehem .

actually banyak beno caranya , tapi yang akan anis kongsikan adalah apa yang anis pakai . so takda la susah nanti kalau korang tanya , sbb anis sendiri dah cuba .

 
1 Sabun papaya jenama RDL. 

sabun ni anis dah pakai since anis form 2 (2012), skrang anis dah form 4 (2014). so maknanya anis dah pakai 2 tahun lah , mula-2 masa beli sabun ni , teragak-2 jugak lah takut tak putih . sampai lah satu hari tu kawan-kawan anis tegur cakap ''anis pakai apa ? knpa nmpak putih ? so dari situ dah boleh agak sabun ni menjadi dan sesuai dengan kulit anis . kalau korang nak tahu , mula-2 pakai sabun ni muka korang akan rasa tegang je mcm pakai lilin . tapi lama-2 bila dah slalu pakai , takda la sgt rasa tegang . sabun ni bukan lah terus ketara nampak putihnya , tapi bila beberapa bulan tu , baru korang akan perasan , sama lah mcm anis , bila org tegur baru perasan kembang kecut hidung ku .. hihi

boleh cari di mana-2 kedai .. 

harga : RM5 keatas . terpulang kpda kedai yg korang beli . 

ciri-ciri kulit muka anis :

jarang tumbuh jerawat,muka tidak berminyak . 

so siapa yang kulit mcm anis , try lah . kulit anis dulu gelap sbb masa sekolah rendah aktif sangat . bila dah naik skolah menengah baru gelabah nak jaga muka .. hihi 

selamat mencuba . 

to those yang tak menjadi bila guna sabun ni , jgan pulak serang anis sbb anis just share apa yang anis pakai. . ia terpulang kpda jenis kulit . setiap orang mempunyai kulit yang berbeza . 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !

Sunday, 20 October 2013

Tips Hilangkan jerawat yang ada dua tiga pada muka anda ;-)

assalammualaikum , kita bertemu lagi setelah lama anis menyepi kerana buzy study untuk PMR .. alhamdulillah selesai juga akhirnya anis menjawab exam yang lepas ... hopefully result okay :-) doakan anis lulus kay :-)

okay ! yang lepas tu lepas lah , skrang ni anis nak share satu tips , iaitu mengenai
CARA MENGHILANGKAN JERAWAT yang jenis satu dua di muka :-0

muka anis ni jenis yang tak selalu jadi tempat untuk jerawat ni tertempek dekat muka, tp pernah suatu ketika dahulu muka ni tetiba ada jerawat dekat atas dahi satu & tepi-2 hidung gituu . hihi ,dengan sepantas kilat anis try cari cara mcmne nak hilangkan jerawat tu , alhamdulillah jumpa pun cara penyelesaiannya :-)

CARA HILANGKAN JERAWAT ( yang ada dua tiga dekat muka )

1.Guna Ubat gigi 

- anis dah cuba ubat gigi jenama Darlie , mmang mujarab :-) korang tempek-2 je dekat jerawat korang tu , lepastu tunggu sampai ubat gigi tu kering... dalam masa 2,3 hari ... in sha allah hilang lah jerawat tu :-) ubat gigi jenama lain pun boleh digunakan ,asalkan ianya bukan jenis gel-2 .. mau yang putih putih melati tu je kay :-)



gambar contoh ubat gigi yang boleh digunakan 









dua je ubat gigi yg anis guna utk kecutkan & hilangkan jerawat :-) 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !